Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kadar Kematian Jalan Raya Di Dunia

Suhana Veru

Kongsi melalui

Percaya atau tidak, Malaysia menduduki tangga ketujuh daripada 10 senarai kadar kematian kemalangan jalan raya tertinggi di dunia.


Ia didedahkan oleh sebuah badan bebas, Zutobi.com yang melakukan kajian ke atas 56 buah negara di seluruh dunia berhubung  analisa kematian jalan raya, halaju maksimum dan peratusan pemakaian tali pinggang keledar.

Kajian itu juga menjalankan penyelidikan berkaitan kematian jalan raya akibat pengambilan alkohol dan kadar alkohol maksimum yang dibenarkan untuk pemandu.

Berdasarkan kajian Zutobi. Com, Afrika Selatan menduduki tempat pertama yang membabitkan kematian kemalangan jalan raya di dunia.

Afrika Selatan merekodkan nisbah kematian jalan raya kedua tertinggi iaitu 25.9 kematian untuk 100,000 penduduk dengan 57.5 peratus akibat mabuk.

Thailand menduduki tempat kedua sebagai jalan raya paling berbahaya di dunia. Sebanyak 32.7 kematian untuk setiap 100,000 orang penduduk.

Amerika Syarikat berada di tempat ketiga memandangkan penetapan  kadar alkohol minimum iaitu 0.08g/dL dan  had halaju maksimum yang juga tinggi iaitu 137 kilometer sejam di beberapa lebuh raya. 

Sementara itu, Malaysia berada di tempat ketujuh dengan kadar kematian 23.6 maut untuk setiap 100,000 penduduk. Ia disebabkan penetapan kadar alkohol yang sama tinggi dengan Amerika Syarikat iaitu 0.08g/dL.

Kajian itu tidak menolak kemungkinan punca pengambilan alkohol menyumbang kepada kemalangan maut di Malaysia.

Bagaimanapun, Norway dinobatkan sebagai negara paling selamat buat pemandu dengan nisbah 2.7 kematian jalan raya untuk 100,000 penduduk. 

Jepun pula menduduki tempat kedua dengan merekodkan peratus pemandu memakai tali keledar tertinggi iaitu 98 peratus.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!

03-06-2026
Berita Auto

XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.

03-06-2026
Berita Auto

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Berita Auto

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...

03-06-2026
Berita Auto

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026
Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026