Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas

Suhana Veru

Kongsi melalui

Satu bongkah konkrit berbentuk segi empat dipercayai terjatuh dari sebuah lori di lorong tengah di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Ampang, pagi tadi.

Kejadian itu menyebabkan aliran trafik di kawasan tersebut sesak ketika orang ramai sedang keluar ke tempat kerja sekitar pukul 7.30 pagi.


Sementara itu, Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) menafikan insiden itu berpunca daripada pihaknya.

“#SUKE #INFOTRAFIK Satu bongkah konkrit telah jatuh dari sebuah lori (bukan dari projek SUKE) di  lorong tengah #MRR2 selepas Hillview arah ke Ampang. 

“Patuhi arahan petugas trafik di lokasi,” tulis SUKE Expressway di laman sosial, Twitter.

Difahamkan, pihak berkuasa terpaksa menutup lorong tengah itu sementara kerja-kerja mengalihkan bongkah selesai.

Selepas 55 minit kemudian, laluan itu telah dibuka kepada pengguna jalan raya dan aliran trafik kembali lancar.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada sesiapa yang dilaporkan cedera dalam kejadian itu.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026