Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kereta Terbabas Sebelum Terjatuh Ke Dalam Longkang

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki terbabas sebelum terlanggar paip air dan terjunam masuk ke dalam longkang. Kejadian ini berlaku semalam di Jalan Sungai Abong, Pusat Perniagaan Mas Merah, di sini malam Khamis.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Jefri Jamal, mereka menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.53 tengah malam.

Dalam operasi itu, satu jentera FRT, satu jentera EMRS dan tiga Unit RIM dari BBP Muar dengan kekuatan 11 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kita dapati kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Camry yang dipandu mangsa, Lee Chun Loong, 32.


“Mangsa yang memandu berseorangan dipercayai terbabas lalu melanggar paip air dan terjunam ke dalam longkang,” tambahnya lagi yang telah dihubungi oleh akhbar Sinar Harian.

Untuk menyelamatkan mangsa, peralatan khas 'rescue tools' dan juga peralatan menyelamat 'scoop stretcher' telah digunakan pihak bomba. 

“Mangsa kemudiannya berjaya dikeluarkan beberapa minit kemudian.

“Mangsa yang tersepit cedera parah dengan luka di bahagian dahi, tangan dan badan,” katanya.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026