- Berita
- Berita Auto
- Lesap RM30K Ditipu Scammer Jualan Kereta
Seorang jurutera berputih mata selepas kehilangan sejumlah wang yang besar sebanyak RM30,000 setelah mengetahui dirinya diperdaya oleh sindiket penipuan urusan jual beli kereta dalam talian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan E Sundra Rajan berkata, mangsa yang berusia 38 tahun itu mula menyedari yang dirinya telah ditipu setelah memasukkan bayaran sebanyak RM29,700.
Menurut beliau, kejadian ini berlaku pada 9 Mac yang lepas semasa mangsa sedang melayari Facebook dan terlihat sebuah iklan jualan kereta Toyota Alphard dengan harga serendah RM60,000 dari negara Singapura.
"Suspek kemudian mengarahkan mangsa membuat bayaran deposit 10 peratus, insurans dan cukai jalan.
"Sepanjang tempoh itu sehingga 17 Mac lalu, mangsa membuat pembayaran secara berperingkat ke dalam lima akaun bank berlainan," katanya.
Selepas sejumlah wang dibayar, suspek masih menyuruh mangsa menyambung pembayaran, namun mangsa tidak meneruskan kerana mula mengesyaki yang dia telah diperdaya.
"Mangsa kemudian membuat laporan polis dan sehingga kini masih belum menerima kenderaan ditawarkan itu.
"Semakan dilakukan mendapati tiga laporan polis dibuat membabitkan nombor akaun bank digunakan suspek yang turut menggunakan modus operandi sama bagi menipu orang ramai," katanya.
Sundra Rajan turut mendedahkan bahawa sudah terdapat hampir 70 kes membabitkan penipuan penjualan kereta secara dalam talian membabitkan kerugian RM495,104,20 yang telah diterima Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka sejak tahun 2019.
"Saya menasihatkan masyarakat berhati-hati dengan tawaran menarik secara dalam talian dan membuat semakan terlebih dulu ke atas nombor telefon atau akaun bank yang meragukan," katanya.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv