Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hasil pengeluaran kereta itu telah dieksport ke seluruh dunia

Suhana Veru

Kongsi melalui



Mitsubishi Motors Thailand (MMT) yang merupakan subsidiari Mitsubishi Motors Coporation (MMC) di Thailand mengumumkan pihaknya telah mencapai pengeluaran kereta secara kumulatif sebanyak enam juta unit baru-baru ini.


Ketua Pegawai Eksekutif MMC, Takao Kato berkata, Thailand merupakan hab pengilang kenderaan global yang amat penting buat pihaknya.


“Oleh itu, MMC juga telah menjadi pangkalan eksport yang terbesar di rantau ASEAN,” katanya dalam satu kenyataan.


Setakat ini, MMC  telah mengeksport 4.4 juta daripada enam juta unit itu di 120 buah negara di seluruh dunia.


Dalam pada itu, MMC telah mencapai sasaran enam juta itu selepas  pengeluaran trak pikap satu tan, Triton.


Malah, kilang pengeluaran kenderaan di Thailand telah berjaya menghasilkan beberapa barisan kenderaan yang terkemuka seperti Triton dan Mirage.


Ia mula menghasilkan kenderaan hibrid elektrik, Outlander PHEV. Ia yang merupakan salah sebuah kenderaan mesra alam telah berjaya menarik perhatian dunia pada hujung tahun lalu.




Mengimbas kembali pencapaian MMT, syarikat itu telah mencapai pengeluaran kereta sebanyak satu juta unit pada tahun tahun 2003 manakala, dua juta unit pada tahun 2010 dan tiga juta unit (tahun 2013).

Syarikat itu juga pernah mencatatkan pengeluaran kereta sebanyak empat juta sekitar tahun 2015 dan lima juta pada tahun 2018.

Sehubungan itu, MMT mendakwa pihaknya akan terus berusaha menjadikan MMC sebagai hab eksport dan pengeluaran di rantau ASEAN dalam beberapa tahun akan datang.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?

'Lampu Albino': Kenapa Pemilik Kereta Rasa Stylo, Tapi Pemandu Lain Rasa Nak Marah?

12-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: X-Trail e-POWER Buat Kemunculan Di KLIMS 2026

Nissan Sahkan SUV Premium Baharunya Masuk Malaysia Suku Keempat Tahun Ini.

11-06-2026
Berita Auto

Tiada Kejutan Minggu Ini! Harga Diesel & RON97 Kekal

Naik atau Turun? Ini Jawapan Kementerian Kewangan Mengenai Harga Minyak.

10-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Honda Prelude 2026 Hadir Di KLIMS 2026

Bukan Hibrid Biasa! Honda Prelude 2026 Guna Elemen Type R, Bakal Mengamuk Di KLIMS 2026/

10-06-2026
Berita Auto

Tragedi Bas Genting: Menteri Gesa Pasang Bonggol, Penenang Lalu Lintas

Kemalangan di Genting Highlands, menteri cadang pasang bonggol di laluan menurun.

10-06-2026
Berita Auto

CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?

Berita Gembira Buat Pemandu Berhemah: Kerajaan Bagi Rebat Insurans 10% Di MyJPJ

10-06-2026
Berita Auto

Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!

09-06-2026