Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Nak Balik Raya? Ini Jawapan Kerajaan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Orang ramai diharapkan tidak terlalu meletakkan harapan yang tinggi untuk berhari raya di kampung bagi sambutan Aidilfitri pada tahun ini. 

Kerajaan bimbang kes Covid-19  kian meningkat sekiranya aktiviti rentas negeri dibenarkan sedangkan kita telah berjaya mencapai trend penurunan.


Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kerajaan telah pun memberi kelonggaran untuk melakukan aktiviti-aktiviti lain seperti bazar Ramadan, solat terawih serta aktiviti masjid. 

“Seperti yang kita tahu, rentas negeri adalah satu daripada faktor penyumbang kepada kluster kes-kes baharu positif Covid-19 dan sebanyak 32 kluster ‘balik kampung’ dan rentas negeri direkodkan.

“Contoh di Sarawak, dulu sebuah negeri hijau dan terbaik di negara ini daripada segi kawalan namun akibat aktiviti balik kampung, sebuah rumah panjang menjadi kluster dan sekarang Sarawak banyak zon merah dan jingga,” katanya dalam sidang media.


Penularan Covid-19 dianggarkan akan berkurangan kepada 500 kes harian bermula bulan Mei nanti. Dalam bulan yang sama, Kementerian Kesihatan akan mula menjalankan penilaian risiko sebelum memberikan kata putus sama ada akan membenarkan aktiviti merentas negeri atau tidak.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026