Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pogba didenda kerana meletakkan keretanya melebihi tempoh

Suhana Veru

Kongsi melalui

Bintang Manchester United, Paul Pogba akhirnya  membawa pulang kereta mewahnya, Rolls Royce selepas ditinggalkan di kawasan parkir kenderaan polis hampir sembilan bulan lalu, lapor portal berita, MailOnline.



Pemenang Piala Dunia itu meletakkan kereta yang berharga £300,000 (RM1.7 juta) itu di sebuah kawasan parkir  kenderaan polis berhampiran Lapangan Terbang Manchester sejak Jun tahun lalu.

Dia yang meraih pendapatan £260,000 (RM1.5 juta) dalam seminggu di Old Trafford dilaporkan telah menuntut kereta mewahnya  pada Mac lalu selepas membayar caj penyimpanan sebanyak £5,500 (RM31, 395) gara-gara meninggalkan keretanya hampir 270 hari.

Malah, dia juga dilaporkan perlu membayar £150 (RM859) untuk kos tunda selain perlu membayar kos sebanyak £85  (RM487) kepada Mahkamah Majistret.

Laporan itu juga menyebut bahawa pemain bola sepak berusia 28 tahun pernah dilihat memandu beberapa kereta mewah seperti  kereta Ferrari 812 termasuk Lamborghini Aventador dan Bentley Flying Spur selepas ‘kehilangan’ jentera Wraith Black Badge itu.

Kisah itu tersebar meluas selepas dia dilihat memandu kereta terbabit untuk ke rumahnya di Hale, Cheshire dengan masih menggunakan nombor pendaftaran Monaco.

Bagaimanapun, berdasarkan undang-undang negara itu, mana-mana kereta yang dibawa masuk ke dalam negara tersebut oleh bukan warganegaranya, ia perlu didaftarkan dengan Agensi Pelesenan Pemandu dan Kenderaan atau Driver and Vehicle Licensing Agency (DVLA) 

Kenderaan berkenaan juga perlu memakai nombor pendaftaran United Kingdom dalam tempoh enam bulan dan jika gagal berbuat demikian, maka kenderaan itu akan dirampas pihak berkuasa.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026