Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pengeluaran Chevrolet Camaro Dihentikan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Pengeluaran  Chevrolet Camaro oleh General Motors (GM) di Lansing Grand River Assembly Plant, Detroit, Michigan terpaksa dihentikan seketika. 

Menurut sumber dari GM, fasiliti pengeluaran mereka akan berhenti bermula dari hari Isnin ini sehingga hujung bulan nanti.  Hal ini disebabkan kerana krisis kekurangan cip semikonduktor yang telah lama mengganggu industri automotif. 

Syarikat telah pun memulakan pelan strategik, yang mana mereka hanya akan menggunakan sejumlah cip semikonduktor yang tinggal hanya untuk menghasilkan kenderaan yang dapat memberi keuntungan besar dan mendapat permintaan tinggi seperti trak dan SUV.  


Sehubungan dengan itu, pemberhentian seketika ini dikenakan ke atas fasiliti Detroit kerana lokasi ini terlibat dalam penghasilan model dengan jualan yang perlahan atau pengeluaran model terbaharu, ini termasuklah Chevrolet Camaro, Malibu, Cadillac CT4 dan CT5. 

Sementara itu bagi Chevy Camaro, masa depan bagi model ini masih lagi bagai telur dihujung tanduk kerana ia merupakan antara tiga model kenderaan yang paling kurang mendapat sambutan, hasil pengeluaran dari fasiliti mereka yang berpangkalan di Michigan ini.  Walau bagaimanapun, GM masih belum memberikan kata putus tentang rancangan masa depan kenderaan tersebut.


Pada masa yang sama, masih tidak dapat dipastikan sama ada pemberhentian pengeluaran ini akan memberi kesan kepada model yang baru sahaja dilancarkan iaitu Cadillac Blackwing CT4-V dan CT5-V. Namun begitu, GM turut mengatakan bahawa mereka memiliki perancangan untuk menghasilkan seberapa banyak kereta yang boleh sebaik proses pengeluaran dimulakan kembali untuk menggantikan kehilangan pengeluaran dalam tempoh pemberhentian sementara ini. 

Berdasarkan info terkini yang lain, komitmen daripada Ford dan Dodge kekal utuh untuk model Mustang dan Challenger keluaran mereka.  Dalam masa yang sama, komitmen GM untuk menghasilkan kereta elektrik pada tahun 2035 memberi harapan kepada model terkini Camero generasi keenam kerana model ini berkemungkinan besar akan dihasilkan dalam versi elektrik sepenuhnya bagi generasi yang akan datang. 

Gallery

Tag:

General Motors
Chevrolet Camaro
Chevrolet
Camaro
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Hyundai & GM Bergabung Bina Lima Model Baharu – Sasar Jualan Lebih 800,000 Unit

Hyundai Motor Group mengumumkan kerjasama strategik bersama General Motors (GM) untuk membangunkan lima model kenderaan baharu bersama.

08-08-2025
Global

Chevrolet Corvette Stingray Dilancarkan Di Singapura – Dari RM2.1 Juta

General Motors (GM) kini kembali semula ke negara jiran kita dengan pendekatan berbeza melalui pelancaran jenama supercar, Corvette.

06-08-2025
Berita Auto

Hati-Hati Tukar Pemandu Di Jalan Raya

Maut dirempuh ketika tukar pemandu.

26-01-2024
Kereta Baru

Desupan Corvette Z06, Mampu Hambur 670 Kuasa Kuda

Chevrolet mendedahkan jentera baharunya, Corvette Z06.

10-12-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?

'Lampu Albino': Kenapa Pemilik Kereta Rasa Stylo, Tapi Pemandu Lain Rasa Nak Marah?

12-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: X-Trail e-POWER Buat Kemunculan Di KLIMS 2026

Nissan Sahkan SUV Premium Baharunya Masuk Malaysia Suku Keempat Tahun Ini.

11-06-2026
Berita Auto

Tiada Kejutan Minggu Ini! Harga Diesel & RON97 Kekal

Naik atau Turun? Ini Jawapan Kementerian Kewangan Mengenai Harga Minyak.

10-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Honda Prelude 2026 Hadir Di KLIMS 2026

Bukan Hibrid Biasa! Honda Prelude 2026 Guna Elemen Type R, Bakal Mengamuk Di KLIMS 2026/

10-06-2026
Berita Auto

Tragedi Bas Genting: Menteri Gesa Pasang Bonggol, Penenang Lalu Lintas

Kemalangan di Genting Highlands, menteri cadang pasang bonggol di laluan menurun.

10-06-2026
Berita Auto

CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?

Berita Gembira Buat Pemandu Berhemah: Kerajaan Bagi Rebat Insurans 10% Di MyJPJ

10-06-2026
Berita Auto

Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!

09-06-2026