Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Program itu akan bermula Khamis ini

Suhana Veru

Kongsi melalui


Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang)  bakal  melaksanakan sistem Tempat Letak Kereta (LTK) berbayar di tiga lokasi bermula Khamis ini.

Yang Dipertua MPSepang, Datuk Abd Hamid Hussain, berkata ia melibatkan kawasan Dengkil, Kota Warisan dan Taman Seroja di Bandar Baru Salak Tinggi (BBST).

“Langkah ini diambil bagi memastikan perancangan bandar lebih tersusun dan teratur.

“Ia juga sekurang-kurangnya dapat mengawal daripada berlakunya lambakan kenderaan tersadai di petak parkir sehingga menghalang pengguna lain menggunakannya,” katanya.

Setakat ini MPSepang telah mengenal pasti lebih 300 kenderaan tersadai yang menghalang laluan serta mencacatkan pemandangan.

Oleh itu, MPSepang akan bekerjasama dengan pihak berkuasa lain bagi mengenal pasti pemilik sebelum mengeluarkan notis kepada kenderaan terbabit dalam masa terdekat.

Mengulas lanjut mengenai program LTK, beliau berkata, program itu sepatutnya dilaksanakan pada awal tahun ini.

“Sebaliknya, keputusan itu tertangguh disebabkan  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ia ditunda ke April,” jelasnya.

Setakat ini, MPSepang telah melaksanakan TLK berbayar di Kosmopleks dan Medan 88 BBST serta Cyberjaya.

Menurutnya, pelaksanaan TLK diambil selepas mengambil kira keputusan kerajaan yang berhasrat untuk membuka semula ekonomi negara dengan membenarkan industri dan aktiviti perniagaan untuk beroperasi secara menyeluruh.

Sehubungan itu, orang ramai boleh menggunakan kupon parkir atau menggunakan aplikasi ketika meletakkan kenderaan dengan kadar 40 sen sejam.

Jika gagal berbuat demikian, pengguna boleh dikompaun hingga maksimum RM100.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Sejarah Berulang: BYD ATTO 3 2026 Raih Lebih 1,000 Tempahan Dalam 10 Hari

Fenomena BYD ATTO 3 (2026): 10 Hari, 1,000 Tempahan.

15-06-2026
Berita Auto

Nahas KLK: 4 Maut Angkara Pemandu Treler "Lalok"

Tragedi Berdarah Lebuhraya Karak: Pemandu Treler Ditahan, Positif Dadah

15-06-2026
Berita Auto

Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?

'Lampu Albino': Kenapa Pemilik Kereta Rasa Stylo, Tapi Pemandu Lain Rasa Nak Marah?

12-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: X-Trail e-POWER Buat Kemunculan Di KLIMS 2026

Nissan Sahkan SUV Premium Baharunya Masuk Malaysia Suku Keempat Tahun Ini.

11-06-2026
Berita Auto

Tiada Kejutan Minggu Ini! Harga Diesel & RON97 Kekal

Naik atau Turun? Ini Jawapan Kementerian Kewangan Mengenai Harga Minyak.

10-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Honda Prelude 2026 Hadir Di KLIMS 2026

Bukan Hibrid Biasa! Honda Prelude 2026 Guna Elemen Type R, Bakal Mengamuk Di KLIMS 2026/

10-06-2026
Berita Auto

Tragedi Bas Genting: Menteri Gesa Pasang Bonggol, Penenang Lalu Lintas

Kemalangan di Genting Highlands, menteri cadang pasang bonggol di laluan menurun.

10-06-2026
Berita Auto

CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?

Berita Gembira Buat Pemandu Berhemah: Kerajaan Bagi Rebat Insurans 10% Di MyJPJ

10-06-2026