Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sabine Schmitz, Bekas Pelumba & Pengacara Top Gear Meninggal Dunia Pada Usia 51 Tahun

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Dikenali sebagai “Queen of the Nürburgring,” pelumba litar Jerman dan juga pengacara rancangan Top Gear, Sabine Schmitz telah meninggal dunia ketika berusia 51 tahun. 


Dilaporkan, mendiang meninggal dunia setelah bertaruh dengan kanser selama tiga tahun.  Beliau memberitahu tentang penyakit kansernya yang telah dikesan pada tahun 2017 kepada orang ramai menerusi laman sosial Facebook pada bulan Julai tahun lepas. 

Schmitz merupakan satu-satunya wanita yang berjaya memenangi perlumbaan Nürburgring 24 Hours iaitu perlumbaan 14 batu di Jerman yang dikatakan litar paling mencabar di dunia.  Beliau berjaya memenangi perlumbaan itu sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1996 dan juga 1997 menggunakan kereta BME M3. Beliau juga dianggarkan telah memandu di sekitar litar tersebut lebih daripada 20,000 kali.  

"Nürburgring telah kehilangan pelumba wanita yang paling dikenali ramai," ujar wakil litar Nürburgring menerusi perkongsian yang dibuat di Twitter.

Tahun demi tahun, Schmitz mendapat pujian selepas penampilannya pada tahun 2004 dalam rancangan Top Gear sebelum beliau dipilih sebagai pengacara siri tersebut pada tahun 2016 bersama-sama dengan Chris Evans.

"Dia memberikan saya teknik bagaimana untuk memandu Ferrari dengan laju dan dia juga telah memburu saya dalam satu perlumbaan banger," kata pengacara Top Gear yang terkini, Paddy McGuinness

BBC memaklumkan bahawa Schmitz akan ditampilkan dalam episod akan datang. 

"Sabine merupakan seorang yang beraura positif, sentiasa tersenyum walau sebesar mana pun masalah perlu ditempuhi, beliau juga adalah sumber kekuatan bagi pelumba wanita dalam dunia permotoran," ujar penerbit eksekutif, Clare Pizey. 


Gallery

Tag:

Sabine Schmitz
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026