Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Land Rover Defender V8 Serba Baharu

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Land Rover telah memperkenalkan Defender versi kuasa V8 yang dinamakan Defender V8. Model ini didatangkan dalam dua bentuk badan berbeza iaitu Defender 90 dan juga 110.  


Defender V8 disesuaikan dengan enjin petrol V8 5.0 liter dengan sistem pengecas lampau yang mampu menjana sehingga 525 hp kuasa kuda pada 6,000 rpm dan 626 Nm pada 2,500 ke 5,500 rpm.  Ini membolehkan kereta memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 5.2 saat bagi Defender 90 dan 5.4 saat bagi Defender 110. 

Salah satu ciri utama kenderaan ini adalah tetapan 'Dynamic' bagi mod pemanduan boleh laras Defender.  Ini membenarkan pemandu memandu dengan lancar di atas apa-apa jenis permukaan jalan.  


Model ini turut dilengkapkan dengan rim 22 inci berwarna kelabu satin di samping calliper brek berwarna biru yang menjadikannya kelihatan lebih moden dan bergaya.  


Bahagian dalamnya pula, secara standard Defender V8 dikemaskan dengan balutan kulit dan sued Dinamica. Sterengnya pula dibalut dengan Alcantara.  Plat dengan logo V8 turut diletakkan di samping jahitan terdedah yang berwarna hitam satin. 

Pengguna juga boleh menaik taraf Defender V8 dengan kemasan Carpathian Edition. Pilihan untuk menaik taraf ini merangkumi kemasan berwarna kelabu unik yang sesuai dengan bumbung,  bonet dan pintu belakang  yang berwarna Narvik Black, serta cangkuk tunda berwarna Satin Black.  Di samping itu, edisi ini turut menggunakan filem perlindungan berasaskan satin yang dapat melindungi kereta daripada sebarang kesan calar semasa melalui jalan yang lasak.  

Defender V8 menerima  penambahbaikan dari segi sistem infotainmen Pivi Pronya yang mana saiznya adalah lebih besar iaitu 11.4 inci, lengkap dengan kemudahan pengecasan tanpa wayar berserta penggalak signal.   



V8 serba baharu ini dipasarkan dengan harga bermula daripada GBP 98,505 (RM 562,914) bagi Defender 90, manakala Defender 110 pula bermula daripada GBP 101,150 (RM 577,948) di United Kingdom. 

Gallery

Tag:

land Rover
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Gigit Jari Tengok Harga Defender 130

Bagi model tahun 2024, Defender 130 kini ditawarkan dalam versi Outbound.

01-05-2023
Kereta Baru

Land Rover Defender V8 Bond Edition, Inspirasi Filem James Bond

Land Rover melancarkan Land Rover Defender V8 Bond Edition sempena tayangan filem baharu, No Time To Die.

29-09-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?

'Lampu Albino': Kenapa Pemilik Kereta Rasa Stylo, Tapi Pemandu Lain Rasa Nak Marah?

12-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: X-Trail e-POWER Buat Kemunculan Di KLIMS 2026

Nissan Sahkan SUV Premium Baharunya Masuk Malaysia Suku Keempat Tahun Ini.

11-06-2026
Berita Auto

Tiada Kejutan Minggu Ini! Harga Diesel & RON97 Kekal

Naik atau Turun? Ini Jawapan Kementerian Kewangan Mengenai Harga Minyak.

10-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Honda Prelude 2026 Hadir Di KLIMS 2026

Bukan Hibrid Biasa! Honda Prelude 2026 Guna Elemen Type R, Bakal Mengamuk Di KLIMS 2026/

10-06-2026
Berita Auto

Tragedi Bas Genting: Menteri Gesa Pasang Bonggol, Penenang Lalu Lintas

Kemalangan di Genting Highlands, menteri cadang pasang bonggol di laluan menurun.

10-06-2026
Berita Auto

CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?

Berita Gembira Buat Pemandu Berhemah: Kerajaan Bagi Rebat Insurans 10% Di MyJPJ

10-06-2026
Berita Auto

Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!

09-06-2026