Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Festival Perlumbaan Toyota Gazoo Disiarkan Secara Langsung Dalam Talian Hujung Minggu Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Aksi di atas dan di luar litar bagi pusingan pertama Festival Perlumbaan Toyota Gazoo akan disiarkan secara langsung di internet.

Perlumbaan pusingan pertama bagi musim yang keempat ini akan dilangsungkan di Litar Antarabangsa Sepang bermula daripada 27 Mac hingga 28 Mac, 2021.

Sebagai langkah untuk mematuhi norma baharu dalam musim pandemik COVID-19, pusingan pembukaan ini ditutup kepada orang awam bagi mengekang penularannya.  Sebaliknya, ia dapat ditonton secara dalam talian menerusi laman web dan juga platform media sosial Toyota. 


Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Ravindran K berkata, "Konsep festival ini kekal sama, yang berbeza hanyalah bagaimana ia disampaikan kepada umum di saat-saat yang luar biasa dan mencabar seperti sekarang.  Tujuan utama Festival Perlumbaan Toyota Gazoo adalah untuk membawa sukan permotoran kepada orang ramai dan kami akan meneruskan misi ini."

Menurut beliau juga, salah satu kebaikan situasi ini adalah kerana ia memberi peluang untuk festival ini ditayangkan secara langsung bagi tontonan lebih ramai penonton, termasuklah mereka yang berada di luar Malaysia. 

"Mereka yang pernah datang ke Festival Perlumbaan Toyota Gazoo pada musim-musim yang lepas telah berbuat demikian atas banyak sebab berbeza. Sesetengahnya datang untuk perlumbaan, yang lain pula datang untuk mendapatkan peluang berjumpa dengan selebriti kegemaran mereka, dan ada juga yang datang kerana banyak aktiviti dan tarikan menarik yang ditawarkan.  Untuk masa akan datang, penting untuk kami meneruskan acara ini walaupun secara dalam talian, kerana inilah yang membuatkan festival ini unik dan sebuah kejayaan yang besar," tambahnya. 

Pusingan 1 Festival Perlumbaan Toyota Gazoo akan mula ditayangkan pada pukul 8.45 pagi - 12.10 tengahari dan juga 2.00 petang - 6.00 petang pada hari Sabtu.  Pada hari Ahad pula, daripada pukul 10.45 pagi - 1.00     tengahari dan 1.30 tengahari - 5.30 petang. 

Padat dengan aksi, festival perlumbaan ini akan menampilkan empat kelas perlumbaan iaitu Rookie Class, Promotional Class, Sporting Class dan Super Sporting Class.


Di samping itu, peminat perlumbaan Gazoo turut boleh menantikan perlawanan-perlawanan sengit yang bakal diadakan. Perlawanan yang dimaksudkan ini adalah melibatkan tiga sesi kelayakan dan juga enam perlumbaan individu. Selain itu, penonton turut berpeluang untuk melihat tinjauan pit lane dan juga temu bual bersama pelumba. 

Sebagai tambahan kepada semua ini, buat pertama kalinya, segmen hiburan yang dinamakan Toyota Gazoo Racing 'OFF THE GRID’ turut akan ditayangkan secara langsung.  Diacarakan oleh 10 selebriti tempatan yang turut akan berlumba dalam Vios Challenge. 

Penstriman langsung ini boleh diakses menerusi  laman web UMW Toyota Motor dan juga Toyota Gazoo Racing Malaysia di https://toyota.com.my/tgrmalaysia/, dan juga melalui laman Facebook Toyota Malaysia dan Toyota Gazoo Racing Malaysia.

Untuk pertanyaan, peminat perlumbaan boleh melayari https://toyota.com.my/tgrmalaysia/.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?

Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?

'Lampu Albino': Kenapa Pemilik Kereta Rasa Stylo, Tapi Pemandu Lain Rasa Nak Marah?

12-06-2026
Berita Auto
KLIMS 2026: X-Trail e-POWER Buat Kemunculan Di KLIMS 2026

KLIMS 2026: X-Trail e-POWER Buat Kemunculan Di KLIMS 2026

Nissan Sahkan SUV Premium Baharunya Masuk Malaysia Suku Keempat Tahun Ini.

11-06-2026
Berita Auto
Tiada Kejutan Minggu Ini! Harga Diesel & RON97 Kekal

Tiada Kejutan Minggu Ini! Harga Diesel & RON97 Kekal

Naik atau Turun? Ini Jawapan Kementerian Kewangan Mengenai Harga Minyak.

10-06-2026
Berita Auto
KLIMS 2026: Honda Prelude 2026 Hadir Di KLIMS 2026

KLIMS 2026: Honda Prelude 2026 Hadir Di KLIMS 2026

Bukan Hibrid Biasa! Honda Prelude 2026 Guna Elemen Type R, Bakal Mengamuk Di KLIMS 2026/

10-06-2026
Berita Auto
Tragedi Bas Genting: Menteri Gesa Pasang Bonggol, Penenang Lalu Lintas

Tragedi Bas Genting: Menteri Gesa Pasang Bonggol, Penenang Lalu Lintas

Kemalangan di Genting Highlands, menteri cadang pasang bonggol di laluan menurun.

10-06-2026
Berita Auto
CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?

CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?

Berita Gembira Buat Pemandu Berhemah: Kerajaan Bagi Rebat Insurans 10% Di MyJPJ

10-06-2026
Berita Auto
Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!

09-06-2026