- Berita
- Berita Auto
- Toyota atasi Mercedes-Benz
Perunding pemasaran jenama bebas, BrandFinance dari United Kingdom mendedahkan Toyota menduduki tempat teratas dalam senarai jenama automotif global 2021 sekali gus menjadikannya sebagai jenama kereta paling di dunia.
Toyota berjaya mengatasi Mercedes-Benz secara empat tahun berturut-turut apabila mencatatkan nilai jenama sebanyak AS$59.5 bilion (RM246.7 bilion).

Biarpun, pandemik Covid-19 telah menjejaskan dunia sejak setahun lalu, namun Toyota dilihat masih mampu meraih prestasi jualan yang luar biasa di Jepun, Amerika Utara, Eropah dan beberapa pasaran negara lain.
Jenama kenderaan itu dikatakan telah meningkat 2.4 peratus atau AS$59.5 bilion (RM 246.7 bilion).
Sementara itu, bagi jenama Mercedes-Benz, ia telah mendominasi jenama automatif apabila menduduki tangga teratas di dunia sejak tahun 2017 namun nilai jenama keluaran jentera itu menurun sebanyak 105 peratus atau AS$58.2 bilion (RM241.3 bilion).
Ia merupakan satu penurunan terbesar antara 10 jenama automotif terkemuka di dunia namun jenama kereta ini dilihat masih selamat kerana menduduki tempat kedua dalam kedudukan nilai jenama ranking dunia.

Syarikat lain yang menduduki di tempat kedua sehingga kelima ialah Mercedes-Benz, Volkswagen, BMW dan Porsche, dimana semuanya keluaran jenama Jerman.
Hakikatnya, nilai kereta keluaran Jerman dilihat masih kukuh di dunia.

Tempat keenam pula diduduki Tesla, sebuah jenama yang memperoleh kenaikan terbesar dalam nilai jenama antara semua jenama kereta, dengan peningkatan 158 peratus atau AS$32 bilion (RM132.7 bilion) dan prestasinya boleh dikatakan amat mengagumkan.
Dalam pada itu, Jenama Finance turut memiliki sejumlah jenama kereta yang merupakan jenama paling berkuasa.
Ia dahului oleh Ferrari yang merupakan jenama kuasa paling kuat di dunia manakala pemenang jenama paling berkuasa di peringkat di Asia pula dimenangi Suzuki .
Bagaimanapun, pemilihan jenama paling berberkuasa itu dibuat berdasarkan kredibiliti, reputasi dan populariti sesebuah jenama automotiitu.
Berikut merupakan kedudukan Nilai Jenama Automobil Global 2021:
1) Toyota
2) Mercedes-Benz
3) Volkswagen
4) BMW
5) Porsche
6) Tesla
7) Honda
8) Ford
9) Volvo
10) Audi
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/