Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hyundai Santa Fe & Elantra 2021 Pemenang Anugerah Keselamatan Kereta Terbaik!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Hyundai Santa Fe dan Elantra 2021 telah menerima anugerah 2021 TOP SAFETY PICK 2021 daripada Insurance Institute for Highway Safety (IIHS).  




Kenderaan ini berada pada kedudukan kelapan dan kesembilan dalam 2021 Top Safety Pick (TSP) atau Top Safety Pick Plus (TSP+). Sebelum ini, sebanyak tujuh model kereta di bawah Hyundai menerima kedudukan tinggi dalam penilaian TSP dan dua model kereta dalam penilaian TSP+. Turut didedahkan, kesemua model kereta SUV di bawah syarikat ini telah menerima penarafan TSP dan TSP+. 

Buat masa ini, Hyundai berada pada tempat ketiga untuk gabungan kesemua kenderaan dengan TSP+ dan TSP yang tertinggi dalam industri bagi model kereta yang didatangkan dengan lampu depan LED dan penghalang kemalangan depan tambahan.  

"Penilaian yang tinggi ini membuktikan komitmen kami terhadap tahap keselamatan," ujar Brian Latouf, Ketua Pegawai Keselamatan Hyundai Motor North America. "Menjadi peneraju industri dalam penerimaan anugerah keselamatan dan IIHS adalah penting bagi jenama kami, dan kami sentiasa berusaha untuk memberikan tahap keselamatan penumpang yang cemerlang kepada pelanggan."




Untuk membuatkan kenderaan kami layak menerima TSP, penarafan yang baik perlu diterima dalam kesemua aspek penilaian tahan langgar IIHS. Penilaian ini adalah membabitkan ujian pelanggaran hadapan dan tepi, kekukuhan bumbung serta ketahanan pada bahagian kepala dan kerusi. 

Bukan itu sahaja, kereta juga perlu menerima penarafan tinggi bagi sistem pencegahan pelanggaran hadapan dalam ujian kenderaan-dengan-kenderaan dan kenderaan-dengan-pejalan kaki serta mendapat keputusan yang baik/agak baik untuk tahap keselamatan lampu depan.  Walau bagaimanapun,  untuk mendapat anugerah TSP+, lampu hadapan yang baik/agak baik perlulah didatangkan secara standard untuk kesemua model.


Gallery

Tag:

Hyundai Elantra
Hyundai Motor Group
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

19-11-2024
Global

28-02-2023
Berita Auto
Pelan Pembiayaan Untuk Pembelian Kereta Baharu

Pelan Pembiayaan Untuk Pembelian Kereta Baharu

Hyundai-Sime Darby Motors (HDSM) memperkenalkan pelan pembiayaan baharunya yang menawarkan ansuran lebih fleksibel dan berpatutan sehingga sembilan tahun dengan pinjaman pembiayaan sebanyak 90 peratus sempena Sambutan Hari Raya.

11-05-2021
Berita Auto

07-01-2021
Kereta Baru

10-12-2020
Berita Auto

23-11-2020
Berita Auto

20-12-2025
Global

03-11-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026