Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tempoh Pengecualian Perbaharui Lesen Memandu Dilanjutkan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengumumkan bahawa pengecualian untuk perbaharui Lesen Memandu (LM) dan juga Lesen Kenderaan Motor (LKM) Persendirian akan dilanjutkan mulai 1 April hingga 31 Mei 2021. 

Keputusan ini dibuat susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat dan PKP Pemulihan yang masih lagi sedang dilaksanakan.

Dalam masa yang sama, pemandu perlu memiliki perlindungan insurans yang sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan (e-cover note insurans) kepada polis trafik apabila diminta. 


Info lebih terperinci mengenai pengumuman ini adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

• Individu yang LM dan LKM mereka telah tamat tempoh antara tarikh 1 Februari sehingga 31 Mac 2021 hendaklah memperbaharui LM dan LKM masing-masing dalam tempoh 60 hari bermula 1 April sehingga 31 Mei 2021;

• Individu yang LM dan LKM mereka tamat tempoh pada mana-mana tarikh antara 1 April sehingga 31 Mei 2021 hendaklah memperbaharui LM dan LKM masing-masing dalam tempoh 60 hari bermula 1 Jun sehingga 31 Julai 2021.


Kegagalan untuk memperbaharui dalam masa yang ditetapkan akan menyebabkan pemandu dikenakan penalti. 

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong berkata, pengecualian ini dibuat untuk mengelakkan orang ramai daripada berkumpul demi memutuskan rangkaian jangkitan wabak COVID-19. 

"Tempoh sehingga 60 hari diberikan agar orang ramai mempunyai lebih banyak masa dan ruang serta kelonggaran sebagaimana yang diperlukan," katanya dalam perutusan media. 


Tag:

MOT
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

MOT, JPJ Akan Bincang Aplikasi Jual Beli Motosikal Terpakai

Aplikasi itu dapat mengelakkan sebarang kejadian melibatkan urusan pertukaran hak milik dan saman yang tertunggak.

21-01-2025
Berita Auto

Plat MADANI: JPJ,MOT Kena Saman, Diarah Bayar Ganti Rugi RM1.3 Juta

Pengarah syarikat tuntut JPJ, MOT bayar ganti rugi RM1.3 juta.

05-11-2024
EV

BELANJAWAN 2025: Harap Ada Peruntukan Untuk Industri EV

Kementerian Pengangkutan (MOT) berharap menerima peruntukan untuk pembiayaan latihan kemahiran kenderaan elektrik (EV) bagi menarik minat dan menangani kekurangan tenaga kerja semasa dalam sektor automotif,

18-10-2024
Berita Auto

MyCINTA: Sistem Kesan Kanak-Kanak Tertinggal Dalam Kereta Dibangunkan MIROS

Kerajaan sedang membangunkan MyCINTA, sistem untuk menangani insiden kanak-kanak tertinggal dalam kereta.

02-07-2024
Berita Auto

Permohonan VEP Melonjak Lebih 20,000, Pembatalan Dalam Talian Dibolehkan

Penambahbaikan sistem Permit Kemasukan Kenderaan Motor Asing (VEP).

02-07-2024
Berita Auto

"Pemeriksaan Kenderaan Komersial Tidak Boleh Dikurangkan Sewenang-Wenangnya." - MOT

Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak boleh mengurangkan kekerapan pemeriksaan kenderaan perdagangan dengan sewenang-wenangnya.

22-06-2023
Berita Auto

Calon Ujian Memandu Terlalu Ramai! MOT Akan Umum Solusi

Kementerian Pengangkutan (MOT) merancang untuk merangka satu formula bagi menyelesaikan masalah lambakan calon ujian memandu di seluruh negara.

19-08-2022
Berita Auto

Harga Minyak Terbaharu Bermula Esok Hingga 16 Jun Depan!

Harga runcit petrol RON97 naik lagi dua sen dari RM2.63 seliter kepada RM2.65 mulai tengah malam ini hingga 16 Jun depan.

09-06-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Gambar Intipan Tersebar, Butiran Proton Saga MC3 2025 Bocor Di Media Sosial

Butiran mengenai Proton Saga 2025 yang turut digelar sebagai Proton Saga generasi baharu MC3 telah pun bocor di media sosial sejak beberapa hari lalu.

06-08-2025
Berita Auto

Kapal BYD Zhengzhou Sudah Tiba Di Malaysia, Bawa Kereta Siap Dipasang Dari China

BYD Malaysia dan Sime Motors yang merupakan pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia mengesahkan ketibaan kapal pengangkut BYD dari Zhengzhou ke Pelabuhan Klang, Selangor, semalam.

06-08-2025
Berita Auto

Harga Minyak Naik, Diesel Lebih Mahal Bermula 7 Ogos

Pengumuman harga minyak terkini Malaysia bermula 7 Ogos 2025.

06-08-2025
Berita Auto

Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) Tidak Jejaskan Kewangan

Pelaksanaan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) tidak akan membabitkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.

06-08-2025
Berita Auto

MG Cyberster No 1 Di Asia & Oceania, Sebab Gaya Mengancam?

MG Cyberster menduduki tempat pertama kerana ia merupakan model paling laris di Asia dan Oceania.

06-08-2025
Berita Auto

PALSU: Tular Pula Lesen Kopi-O, Guna Gambar Menteri Pengangkutan

Iklan menggunakan gambar Menteri Pengangkutan, bertujuan memancing keyakinan orang ramai.

06-08-2025
Berita Auto

Imej Teaser Tersiar, Maknanya Jaecoo J5, Omoda C9 Bakal Dilancar Tak Lama Lagi!

Omoda & Jaecoo (O&J) Malaysia baru sahaja menyiarkan imej teaser dua model terbaharunya, Jaecoo J5 dan Omoda C9 PHEV yang dikatakan bakal menggoyahkan pasaran SUV tidak lama lagi.

06-08-2025
Berita Auto

Perodua Aruz Kini Ada Warna Baharu, Vintage Brown, Jangan Risau, Harga Aruz Masih Kekal!

Walaupun menerima warna baharu, namun tiada perubahan spesifikasi untuk Aruz.

05-08-2025