Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

JSPT telah mengeluarkan saman atas pelbagai kesalahan

Suhana Veru

Kongsi melalui

Percaya atau tidak, sekurang-kurangnya 71,127 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan menerusi Operasi Khas Ubah Suai Ekzos (bising).

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, operasi itu dilancarkan pada 1 hingga 31 Mac lalu.

“Ia bertujuan untuk menguatkuasakan undang-undang kepada pengguna jalan raya terutama pemilik serta penunggang motosikal yang melakukan ubah suai ekzos sehingga mendatangkan bunyi bising.

"Sebanyak 157,992 kenderaan diperiksa membabitkan 76,315 motosikal, 52,059 kereta dan 29,618 lain-lain kenderaan di seluruh negara dalam tempoh itu,” katanya dalam satu kenyataan.


Secara keseluruhannya, JSPT telah mengeluarkan 71,127 saman atas pelbagai kesalahan dengan kesalahan ubah suai ekzos menyumbang

Mengulas lanjut mengenai operasi itu, beliau berkata, sebanyak 6,954 saman, merangkumi 4,926 saman bagi motosikal, 1,627 saman bagi kereta dan 401 bagi lain-lain kenderaan.

“Sebanyak 2,696 motosikal, 66 kereta dan 19 lain-lain kenderaan disita atas kesalahan sama di 3,478 lokasi operasi di seluruh negara.

"Kenderaan ini disita untuk tujuan pemeriksaan tetapi ia akan diserahkan semula selepas ia diubahsuai kembali kepada spesifikasi asal,” jelasnya.

Sehubungan itu, JSPT akan meneruskan  operasi berkenaan dari semasa ke semasa  termasuk operasi lain seperti samseng jalanan, mabuk, lampu merah dan lain-lain.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026