Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Nissan Guna Teknologi Baharu Untuk Memperkembangkan Jumlah Pengeluaran Alat Ganti

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Nissan Motor Co. Ltd telah mengumumkan bahawa mereka akan mengaplikasikan teknologi baharu di kilang Yokohama untuk menghasilkan alat ganti NISMO bagi beberapa model kereta yang telah diberhentikan pengeluarannya. Program yang dinamakan NISMO Heritage Parts ini dirancang untuk menghasilkan beberapa siri alat ganti asli bagi beberapa kenderaan yang sudah tidak dihasilkan lagi. Teknologi terbaharu yang akan digunakan dalam penghasilan alat ganti ini adalah seperti dual-sided dieless forming (penggunaan dua robot yang bergerak serentak dari dua arah bertentangan bagi membentuk panel) bagi panel badan, dan percetakan 3D untuk bahagian resin.



Nissan telah mendedahkan tentang teknologi baharu mereka, dual-sided dieless forming pada bulan Oktober 2019 sebagai cara untuk menghasilkan panel badan kereta dalam jumlah yang kecil. Syarikat merancang untuk menghasilkan panel belakang bagi R32 Skyline GT-R dengan cara membina prototaip daripada kepingan besi yang dihasilkan oleh pekerja yang mahir, sebelum seterusnya menggunakan teknologi dual-sided dieless forming dan melalui proses tanpa pelincir dengan peralatan bersalut berlian. Nissan telah berjaya menghasilkan alat ganti berkualiti tinggi melalui kerjasama dengan pembekal. Teknologi percetakan 3D pula dihasilkan melalui kerjasama dengan Solize Corporation bagi menghasilkan pelindung yang diperbuat daripada resin untuk R32 Skyline GT-R. Nissan telah memperbaharui alat ganti tersebut sebelum menjalankan ujian prestasi yang diadaptasikan kepada pencetak 3D. Tindakan ini menjadikan masa untuk mengkomersialkan alat ganti yang berkualiti tinggi lebih pendek.    

 


Program NISMO Heritage Parts telah dilancarkan pada bulan Disember 2017. Usaha ini telah berjaya memperkembangkan jumlah penghantaran alat ganti daripada 80 ke 300 buah. Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif yang diambil Nissan untuk membolehkan pelanggan terus memandu kereta prestasi keluaran Nissan dalam jangka masa yang lama. NISMO Heritage Parts dijayakan dengan kolaborasi bersama pembekal Nissan Motor Co., Ltd., Nissan MotorSports International Co., Ltd., dan Autech Japan, Inc. Nissan merancang untuk terus menggunakan teknologi hasil kajian Nissan Research Center dan Production Engineering Research and Development Center bagi memperkembang program NISMO Heritage Parts.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026