Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Penjual Kenderaan Tawar Sifar Pendahuluan Melalui Kaedah HPA? Boleh Didakwa Di Mahkamah

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid mengingatkan peniaga supaya tidak menganiaya pelanggan dengan taktik atau penipuan dalam urusan jual beli kenderaan, ini termasuklah taktik menarik pembeli dengan cara menawarkan kemudahan sifar wang pendahuluan ataupun zero downpayment dalam perjanjian sewa beli (HPA).


Tegas beliau, sekiranya peniaga dikesan menggunakan helah seperti ini untuk kaedah HPA akan dikenakan tindakan serta didakwa di mahkamah. 

"Mengikut Akta Sewa Beli 1967, peniaga hanya dibenar menawarkan kemudahan sifar wang pendahuluan bagi pembelian motosikal menerusi kaedah jualan kredit. Namun, jika jualan dan pembelian kenderaan dibuat melalui kaedah HPA, maka tawaran sifar wang pendahuluan tidak boleh diberi kepada pelanggan.


"Kita pasti ramai yang masih tidak begitu jelas mengenai perkara ini dan diharap mereka yang mahu membeli kenderaan termasuk motosikal perlu pastikan jenis pembiayaan yang ditawarkan.


"Kita memandang serius perkara ini dan jika ada syarikat yang berbuat demikian segera buat laporan kepada pihak berkuasa supaya mereka boleh dikenakan tindakan," katanya pada sidang media selepas upacara merasmikan bilik pameran NWP Acess, di Petaling Jaya, hari ini, dilaporkan oleh Berita Harian. 

Ingin tahu lebih lanjut tentang Akta Sewa Beli 1967? Di sini, CariCarz kongsikan booklet yang disediakan oleh Jabatan Bantuan Guaman:

Booklet Akta Sewa Beli 1967

Sekiranya anda memerlukan keterangan lanjut, mengenai akta ini, boleh berhubung dengan mana-mana cawangan Jabatan Bantuan Guaman yang berdekatan ataupun Ibu Pejabat Jabatan Bantuan Guaman di Putrajaya. Anda juga boleh melayari jbg.gov.my. 




Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026