Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

PROTON mencatatkan jualan tertinggi dalam tempoh 90 bulan

Suhana Veru

Kongsi melalui

Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd membuka tirai tahun ini dengan jualan yang kukuh, apabila mencatatkan jualan  sebanyak 14,989 unit (domestik dan eksport)  pada bulan Mac lalu.

Angka itu menjadikan ia mencapai jualan terbaik sejak September 2013 apabila turut menunjukan peningkatan sebanyak 26.2 peratus berbanding Februari iaitu dengan pegangan pasaran cuma 23.5 peratus.

Secara keseluruhan, ini membolehkan PROTON mengekalkan kedudukan kedua dari segi kedudukan penjualan. 

Bagi suku pertama tahun ini, syarikat mencatatkan jumlah jualan terkumpul sebanyak 32,826 unit dan ia merupakan angka tertinggi dalam bahagian pasaran suku tahunan sejak Mac 2012.

“PROTON akan berusaha untuk meningkatkan pengeluaran selain mengekalkan fokus kami dalam memberikan produk yang berkualiti tinggi. 

“Kami juga sedar bahawa insentif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) akan berakhir pada bulan Jun ini.

“Jadi, kami berhasrat untuk memastikan pelanggan menikmati cuti cukai yang diberikan oleh kerajaan, ”kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah.


Penghantaran untuk dua model SUV keluaran PROTON terus bertambah pada Mac selepas barisan pengeluaran baharu di Tanjung Malim meningkatkan pengeluarannya untuk bulan berkenaan.



Ini menyaksikan sebanyak 3,513 unit Proton X50 dihantar kepada pelanggan sementara Proton X70 menunjukkan kenaikan dari bulan ke bulan sebanyak 58.4 peratus kepada 2,337 unit.


Bagi penjualan sedan segmen-A Proton Saga juga dilihat meningkat sebanyak 5,589 unit atau 32.5 peratus  berbanding  Februari lalu.


Proton Persona, Iriz dan Exora masing-masing mencatatkan angka terbaik untuk tahun ini dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) segmen-C itu.

 Ia dikatakan menduduki tempat pertama bagi segmennya.


“Industri automotif Malaysia akhirnya mencapai kemajuan pada 2021. PROTON menganggarkan jumlah keseluruhan industri (TIV) melebihi 63,000 unit sekali gus menunjukkan semua jenama akan mencatatkan jumlah terbaik mereka untuk tahun ini.

“Bagi PROTON, bulan Mac merupakan bulan penjualan yang sangat baik memandangkan syarikat berkenaan berjaya mencapai angka tertinggi bagi tempoh 90 bulan.

“Kami  melihat pencapaian ini masih belum memberangsangkan kerana ia boleh dipertingkatkan sekiranya dapat menghasilkan lebih banyak unit,” ujarnya.

Beliau berkata, buat masa ini, pihaknya perlu memenuhi banyak pesanan daripada pelanggan.

“Biarpun, peningkatan unit jualan kereta Proton menjadi fokus utama kami, sebaliknya, pertumbuhan pengeluaran pinjaman oleh Proton Commerce adalah satu perkembangan yang penting.

“Ini membuktikan bahawa kami menawarkan pakej pembiayaan yang menarik kepada para pelanggan dan mampu bersaing dengan syarikat lain dalam pasaran pembiayaan automotif. 

“Lebih penting lagi, pelanggan dapat menikmati kemudahan pembelian dan pembiayaan bagi kereta  Proton sekali gus menjadikan pusat jualan kami sebagai pusat sehenti,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, anak syarikat pembiayaan automotif PROTON, Proton Commerce Sdn Bhd, turut menyaksikan peningkatan jumlah yang sama bagi pembiayaan kereta.

Hampir 4,000 pinjaman dikeluarkan dalam masa tiga bulan pertama pada tahun 2021 dengan anggaran sebanyak 1,700 dikeluarkan dalam bulan Mac sahaja. 

Secara keseluruhan, pengeluaran untuk suku tahun pertama ini telah meningkat sebanyak 141 peratus berbanding tahun 2020.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa

inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.

19-06-2026
Berita Auto

CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun

Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.

19-06-2026
Berita Auto

Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu

Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.

19-06-2026
Berita Auto

Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ

Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.

19-06-2026
Berita Auto

Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing

Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.

18-06-2026
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026
Berita Auto

Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ

Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.

18-06-2026
Berita Auto

Harga Minyak Mingguan: Diesel Turun

Harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026.

18-06-2026