Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Rakyat Malaysia Pertama Miliki Bugatti Divo RM24.3 Juta! 1 Daripada 40 Unit Di Dunia!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Bugatti Divo ialah sebuah model kereta eksklusif daripada model asalnya, Chiron. Kereta mewah dengan personaliti yang dramatik ini adalah 90 kg lebih ringan berbanding yang asal. Hanya dihasilkan sebanyak 40 unit sahaja, kereta ini sememangnya rare!



Harganya? Bukan Main-Main 

Dijual pada harga USD5.9 juta (RM24.3 juta) tidak termasuk cukai dan aksesori tambahan lain. 

Siapakah Gerangan Pemilik Kereta Ni?

Khabarnya, salah seorang daripada 40 orang pembeli bertuah kereta ini adalah rakyat Malaysia sendiri!

Pemiliknya ialah JP Chin, seorang ahli perniagaan dan pemilik JPM Museo, sebuah galeri yang mempamerkan koleksi peribadi beliau sendiri daripada kereta-kereta yang terdapat dalam filem sehinggalah kepada hypercar yang ikonik. 





Beliau bukan sahaja dikenali sebagai peminat dan pengumpul kereta, tapi juga motosikal.  Selain Divo, beliau juga mempunyai kereta mewah lain seperti McLaren P1, Ferrari F12tdf, Lamborghini Aventador SVJ, dan Porsche 911 GT2 RS. Lain macam tebal poketnya.

Bukan itu sahaja, kereta lain yang turut ada dalam koleksinya ialah Hummer H1, Ford Mustang Eleanor, Morgan Aero 8 dan skuter BMW C1.

Bercakap tentang Bugatti, kereta terkini yang dimilikinya ini bukanlah Bugatti yang pertama.  Beliau juga dilihat pernah bergambar dengan Bugatti Chiron dan Bugatti Veyron di media sosialnya!






Bugatti Divo dikuasakan oleh enjin yang sama digunakan dalam Chiron iaitu enjin W16 8.0 liter yang boleh menjana sehingga 1,500 hp dan 1,600 Nm kuasa tork.  Kuasa disalurkan kepada kesemua tayar melalui transmisi dwi-klac 7 kelajuan. Ini membolehkan Divo untuk mencapai kelajuan 100 km/j dalam masa hanya 2.4 saat, dengan kelajuan maksimum setinggi 380 km/j. 




Gallery

Tag:

Classic Bugattis
Bugatti Divo
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026