Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pecut Dalam 3.6 Saat! Ini Yang Patut Anda Tahu Tentang GT Speed, Model Paling Berkuasa Bentley

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Bentley Motors telah mendedahkan sebuah versi andalan (flagship) baharu bagi Grand Tourer tanpa bumbung (open-top) - Continental GT Speed Convertible. 

Kenderaan generasi ketiga ini merupakan model kereta yang paling berkuasa, interpretasi yang berfokus pada pemandu bagi kereta Grand Tourer yang convertible. 


Enjin yang digunakan oleh model yang berprestasi tinggi ini ialah enjin 6.0 liter W12 TSI dwi-cekam serta transmisi 8 kelajuan. Enjin yang digunakan dapat menjana kuasa kuda sehingga 649 hp dan tork mencecah 900 Nm. Pecutan daripada 0-100 km/j dapat dilakukan dalam masa hanya 3.6 saat dengan kelajuan tertinggi pada 335 km/j. Merupakan buatan tangan daripada Crewe, Cheshire, England, enjin ini ialah enjin 12 silinder yang termaju di dunia.  Kedua-dua enjin dan transmisinya telah diubah dan direka supaya bersesuaian dengan kemampuan kereta.


Ciri baharu yang terdapat pada kereta ini adalah bumbung eksklusif dengan lipatan Z atau 'Z-fold' yang boleh digunakan atau dilipat dalam masa hanya 19 saat, menjadikan kereta daripada sebuah coupe mewah kepada Grand Tourer tanpa bumbung dengan hanya satu sentuhan butang.  Ciri lain adalah kemasan unik yang terdapat pada ruang luaran dan dalam kereta iaitu ambang sport Speed, gril berwarna gelap dengan logo Speed dan juga rim Speed 22 inci.  Bergerak ke bahagian dalam kereta, terdapat logo Speed pada sudut fascia penumpang. Bahagian sterengnya pula menggunakan balutan Alcantara yang dikemaskan dengan warna unik.  


Direka serta dihasilkan dengan tangan di kilang automotif mewah tanpa karbon Bentley, ciri-ciri yang diketengahkan membuatkan kereta ini memiliki tahap ketangkasan yang tinggi tanpa memberi kesan kepada keselesaan pengguna sepertimana sering ditawarkan Continental GT Convertible.  Kenderaan ini turut menampilkan penggunaan teknologi cesi yang telah ditambah baik serta stereng pacuan semua roda, electronic rear differential dan juga pilihan brek seramik karbon.  

Continental GT Speed Convertible menggunakan pacuan semua roda aktif yang mana kawalan cengkaman dan juga agihan tork telah ditentukur (calibrated) dalam semua mod pemanduan untuk memastikan pemandu dapat merasakan perubahan shift.  

Menawarkan tiga mod pemanduan berbeza iaitu BENTLEY, COMFORT dan SPORT, ketiga-tiga mod ini beroperasi dengan teknologi cesi Bentley iaitu suspensi udara aktif tiga ruang dengan redaman adaptif, serta Bentley Dynamic Ride yang merupakan sistem kawalan anti-roll aktif 48V.  Kombinasi kesemua teknologi ini menjadikan kereta memiliki kawalan badan dan juga keselesaan yang lebih tinggi.  

Sistem brek seramik karbon juga diperkenalkan sebagai pilihan untuk Speed.  Sistem ini menggunakan material berprestasi tinggi bagi mengurangkan kuasa yang diperlukan  brek  untuk menurunkan pergerakan pada kelajuan tinggi serta mengurangkan risiko brek haus. 

Grand Tourer tanpa bumbung yang terbaharu ini bakal menyertai barisan coupe Continental GT Speed yang lain yang  telah diumumkan pada bulan Mac lalu. 



Continental GT Speed ialah sebuah model kereta Bentley yang paling berkebolehan, bertumpu kepada prestasi yang menggunakan enjin dan transmisi yang sama seperti GT Speed Convertible.  Ini menghasilkan kuasa output yang sama dengan model kereta tersebut iaitu 649 hp dan 900 Nm dengan kelajuan tertinggi mencapai 335 km/j serta mampu memecut daripada pegun ke 100 km/j dalam hanya 3.6 saat.  


Mengenai bahagian luarannya, ketelitian yang diberikan kepada setiap inci badan kereta membuatkan kereta ini kelihatan berkuasa sepertimana yang sering dilihat pada kereta Continental GT.  Ciri luaran yang terdapat padanya ialah gril radiator dan bampar rendah berwarna gelap, ambang sport yang diperbaharui, rim Speed 22 inci serta ambang yang diletakkan dengan treadplate Bentley.  


Sementara itu, bahagian dalam kabinnya pula dipasangkan dengan material buatan tangan yang hanya terdapat pada kereta Speed seperti warna dua tona yang unik dan juga logo Speed yang elegan pada fascia penumpang yang padan dengan bahagan luaran kereta.  Didatangkan secara standard pada kedua-dua buah model kereta ini adalah jahitan berlian dalam berlian Bentley yang diletakkan pada penyandar kepala.  


Seperti yang terdapat pada semua Continental GT, kereta ini memiliki empat buah tempat duduk dengan kapasiti bagasi sebanyak 358 liter.  Ini membolehkan pengguna meletakkan beberapa buah beg pakaian atau satu set gold club.  

Continental GT Speed bukan sahaja menawarkan prestasi yang mengagumkan, tetapi ia juga memiliki tahap kecekapan yang tinggi disebabkan oleh penggunakan teknologi Stop-Start Bentley.  Teknologi ini membolehkan enjin berehat bukan hanya ketika kereta sedang melahu (idle), tapi juga semasa berada pada kelajuan hampir berhenti (near-to-stop).  

Dalam sesetengah situasi, sistem Variable Displacement Bentley akan mematikan separuh daripada enjin 12 silinder. Namun begitu, perubahan ini tidak dapat dirasakan oleh pemandu.  Untuk meningkatkan tahap efisien bahan api, bahagian-bahagian seperti injap pengambilan (intake) dan ekzos, suntikan bahan api, dan ignition dimatikan. Kesannya, enjin hanya beroperasi dengan enam silinder. 

Di samping panel instrumen berteknologi canggih, Continental GT Speed  turut menggunakan Bentley Rotating Display.  

Continental GT Speed Convertible dan GT Speed sudah mula ditawarkan di kesemua pasaran kecuali China. Buat masa ini ianya boleh didapati di EU27, UK, Switzerland, Israel, Ukraine, Norway, Turkey dan Vietnam.


Gallery

Tag:

Bentley Continental GT Speed
Bentley Continental GT Speed Convertible
#bentley
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Bentley Continental GT Speed Kini Di Malaysia, Harga Dari RM1.1 Juta

Continental GT Speed generasi ketiga kini telah tiba secara rasminya di Malaysia.

04-04-2023
Berita Auto

Bentley Continental GT S 2023, Harga Boleh Tahan

Selain Bentayga Extended Wheelbase (EWB) Azure, Bentley Malaysia turut melancarkan sebuah lagi jentera mewahnya, Continental GT S 2023.

14-03-2023
Berita Auto

Bently Dedah Imej Acah Continental GT Speed Baharu

Bakal dilancarkan tidak lama lagi ialah Bentley Continental GT Speed, sebuah kenderaan di jalan raya yang paling dinamik keluaran Bentley Motors pada tahun ke-101 sebagai sebuah syarikat gergasi automotif mewah.

19-03-2021
Global

Bentley Flying Spur S, Ada 2 Trenkuasa

Flying Spur S akan membuat penampilan sulungnya pada acara Goodwood Festival of Speed 2022 nanti.

15-06-2022
Berita Auto

Kapal Kargo Yang Membawa Kereta Mewah Itu Diselubungi Asap Tebal

Kapal kargo yang membawa kira-kira 4.000 kenderaan termasuk Porsche, Audi dan Bentley, terbakar di kawasan perairan berhampiran Azores di Itali.

22-02-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Monsun Timur Laut, Laluan Dari Gerik, Jeli, Blue Valley Terdedah Tanah Runtuh

Laluan dari Gerik menuju ke Jeli, Kelantan dan jalan Simpang Pulai ke Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang dikatakan berisiko berlakunya kejadian tanah runtuh.

13-11-2025
Berita Auto

Projek ECRL: Bakal Lonjakkan Hasil KDNK Terengganu

Nampaknya, negeri Terengganu mampu tingkatkan hasil KDNK sebanyak RM48.2 bilion pada 2040 disebabkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

13-11-2025
Berita Auto

Proton, PRO-NET Sertai GATE 2025: Pamerkan Teknologi EV Terkini di GATE 2025

PRO-NET mempamerkan teknologi terkini kenderaan elektriknya sepanjang pameran Global Automotive and Technology Expo (GATE) 2025 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre.

13-11-2025
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen

Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel naik sebanyak lima sen, bermula hari ini.

13-11-2025
Berita Auto

BYD Shark PHEV Bakal Didedah Hari Ini, Tunggu Pengumuman Rasmi BYD

BYD bawa masuk trak pikap bernama Shark pula ke pasaran tempatan?

13-11-2025
Berita Auto

Projek NPE2 Siap 2029, Bakal Kurangkan Kesesakan Di Pantai Dalam, Bangsar, Mahameru

Projek Sambungan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE2) siap sepenuhnya pada tahun 2029, nanti.

12-11-2025
Berita Auto

Peraturan 78 Dimansuh, Cara Pengiraan Faedah Bagi Pinjaman Kadar Tetap Kereta

Penambahbaikan Rang Undang-Undang (RUU) Sewa Beli (Pindaan) 2025 yang akan merombak cara pengiraan faedah bagi pinjaman kadar tetap kereta, bakal melegakan peminjam.

12-11-2025
Berita Auto

Syarikat Bas Operasi Di 1 Terminal, Ini Penjelasan MOT

MOT menegaskan pihaknya tidak pernah memaksa mana-mana syarikat bas untuk beroperasi dari terminal tertentu sahaja.

12-11-2025