Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

PERODUA menghulurkan sumbangan bekalan perubatan tambahan bernilai RM80,000 kepada Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Suhana Veru

Kongsi melalui

Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (PERODUA) menghulurkan sumbangan bekalan perubatan tambahan bernilai RM80,000 kepada Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Sumbangan berkenaan merupakan sebahagian usaha syarikat pengeluar kereta kompak itu dalam menyokong institusi awam  di seluruh negara.

Bekalan perubatan itu termasuk 5,000 pelindung muka, kerusi roda kerusi roda yang dilengkapi dengan tali pinggang keselamatan, kerusi tandas duduk, papan pemindahan, rel katil, kerusi pemulihan, rangka bantu berjalan, tongkat dan meja miring terapi.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, sumbangan itu dilakukan berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh pasukan pentadbiran hospital.

“Bekalan  itu disumbangkan bagi  membantu menjaga keselamatan kakitangan selain memberi keselesaan kepada pesakit mereka,” katanya dalam satu kenyataan.


Tambah beliau, pihaknya akan terus berhubung dengan institusi awam utama bagi menentukan dimana Perodua boleh menghulurkan sumbangan secara strategik untuk membantu negara. 

“PERODUA juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada petugas kesihatan yang berkhidmat untuk kita semua tanpa mengenal penat lelah,” ujarnya.

Dalam pada itu, sebanyak 5,000 pelindung muka itu  adalah antara 35,000 unit kemudahan yang disumbangkan pengeluar kenderaan itu kepada pelbagai organisasi di negara ini.

Selain hospital, pelindung muka itu juga diedarkan di sekolah, klinik, pejabat kerajaan dan pihak berkuasa tempatan serta penjaja di kawasan sekitar.

Menyentuh mengenai pelindung muka itu, ia dikatakan mempunyai bahagian pelindung tahan kabus diperbuat daripada polyethylene terephthalate untuk penglihatan yang optimum.

Malah, kusyen span pada bahagian dahi juga dikatakan mampu menghalang kemasukan titisan air.

Ia juga  mempunyai jalur elastik dimana ia boleh dilaraskan untuk pemakaian yang selamat dan selesa.


Bagaimanapun, ini bukan kali pertama PERODUA menghulurkan sumbangan bekalan perubatan seumpama itu.

Pengeluar kereta tempatan berkenaan pernah  menyumbangkan 150 tilam, 200 bantal, 105 kotak air mineral, 15 kipas industri dan 300 pasang kasut getah kepada Hospital Sungai Buloh ketika  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada tahun lalu.

Ketika itu, PERODUA turut menghulurkan bantuan sebanyak RM2 juta kepada Tabung Covid-19 Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Tabung Covid-19 NADMA dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 11 Mac tahun lalu bagi membantu rakyat yang paling memerlukan bantuan akibat PKP .


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026