Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Prestige Image Motocars Memperkenalkan EHang 216, Kenderaan Udara Autonomi Penumpang

Suhana Veru

Kongsi melalui

Pada pameran Hibrid Kenderaan Antarabangsa Indonesia (IIMS) 2021, Prestige Image Motocars  memperkenalkan kenderaan udara autonomi berpenumpang (AAV)  yang dikenali sebagai EHang 216.

Syarikat penerbangan mewah itu, dikatakan berhasrat untuk membawa masuk kereta terbang itu ke dalam pasaran sekitar Julai pada tahun ini.

Pengarah Prestige Image Motorcars, Rudy Salim menyifatkan pihaknya berharap satu peraturan dilaksanakan selewat-lewatnya Julai ini.

Bagaimanapun, kereta terbang ini dilaporkan hanya akan berada di Indonesia dan secara keseluruhannya ia kelihatan seolah-olah sebuah dron gergasi.

Ia yang menggunakan kuasa elektrik secara sepenuhnya dikatakan beroperasi tanpa juruterbang.

Malah, kenderaan elektrik autonomi ini direka untuk pelbagai tujuan. Setakat ini, ia dikatakan boleh dijadikan sebagai pengangkutan dan jentera pengangkat.

Menyentuh mengenai aspek prestasi, kenderaan ini mampu melakukan penerbangan sejauh 35 kilometer hanya dalam 21 minit, dengan membawa muatan maksimum seberat 220 kilogram.

Kereta terbang ini juga mampu terbang pada ketinggian 3,000 meter (m). Ia mempunyai ketinggian 1.77 m dan 5.61 m lebar.

EHang 216 ini juga bebas daripada pelepasan asap dan  menggunakan kuasa elektrik 100 peratus. 

Ia mempunyai masa pengecas lebih 220v to 380v dalam tempoh satu jam setengah sekali gus memberikan kelajuan maksimum 130 kilometer sejam. 

 Ia yang hadir dalam bentuk kompak menyebabkan kenderaan ini tidak memerlukan sebarang platform pendaratan memandangkan  ia hanya memerlukan ruang yang bersaiz kecil.

Ciri-ciri tersebut menjadikannya  ia sesuai untuk kegunaan masyarakat bandar yang mahu menjimatkan masa dan tenaga.


Menyingkap sejarah EHang di Malaysia, pada tahun 2019, dron penumpang EHang dianggap sebagai prototaip kenderaan terbang pertama yang dikenali sebagai “Super Dron”.

Pada awalnya, Super Dron sepatutnya digunakan untuk tujuan pemantauan sempadan selain dijadikan sebagai kenderaan bantuan kecemasan tetapi bukannya sebagai pengangkutan awam.

Justeru, sebuah syarikat tempatan, EastCap Sdn Bhd mendakwa pihaknya berhasrat untuk membina kemudahan pemasangan kenderaan itu di Malaysia dengan kapasiti pengeluaran  10,000 unit dalam setahun.

Bagaimanapun, dua tahun telah berlalu dan tiada sebarang perkembangan terkini berhubung pembangunan pemasangan kenderaan itu. 


Gallery

Tag:

EHang 216
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Sejauh Mana Ia Mampu Terbang, Tunggu Jawapannya Pada Oktober Ini

Sejauh Mana Ia Mampu Terbang, Tunggu Jawapannya Pada Oktober Ini

EHang 216 yang didedahkan ketika Indonesia Motor Show 2021 bakal diuji di Pulau Bali, pada bulan hadapan.

07-09-2021

Berita Terkini

Berita Auto
Tiada Lagi Ruang Bersembunyi! 10,000 'Mata' Digital Kini Pantau Penjenayah di KL
Berita Auto
Honda Malaysia Perkukuh Dominasi Hibrid; Model e:HEV Kini Dilindungi Jaminan 10 Tahun

Honda Malaysia Perkukuh Dominasi Hibrid; Model e:HEV Kini Dilindungi Jaminan 10 Tahun

Bukan Untuk Model Baharu Sahaja, Pemilik Honda Jazz & City Hybrid Lama Turut Dapat Lanjutan Waranti!

04-05-2026
Berita Auto
Nyawa Pasangan Suami Isteri Melayang Angkara Pemandu Mabuk

Nyawa Pasangan Suami Isteri Melayang Angkara Pemandu Mabuk

Kenapa Pemandu Mabuk Masih 'Berani' Ragut Nyawa di Jalan Raya?

04-05-2026
Berita Auto
Hanya 100 Unit: Volvo Malaysia Lepaskan Flit Korporat & Unit Pandu Uji, Harga Bermula RM153,000

Hanya 100 Unit: Volvo Malaysia Lepaskan Flit Korporat & Unit Pandu Uji, Harga Bermula RM153,000

Bajet RM150k Dah Boleh Pakai Volvo? Rebut 100 Unit Eksklusif Volvo Selekt Sebelum Terlambat!

04-05-2026
Berita Auto
MINI Paul Smith Edition Kini Boleh Didapati Di Auto Bavaria Dalam Dua Warna Eksklusif

MINI Paul Smith Edition Kini Boleh Didapati Di Auto Bavaria Dalam Dua Warna Eksklusif

Peminat setia MINI berpeluang menyaksikan pelancaran kereta MINI Paul Smith Edition oleh Auto Bavaria di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

30-04-2026
Berita Auto
Paling Laris! Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Jade Green

Paling Laris! Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Jade Green

Paling Laris! Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Jade Green – 8,000 Unit Sudah Terjual.

30-04-2026
Berita Auto
Update Harga Minyak: Ada Yang Naik, Ada Yang Kekal. Check Sini

Update Harga Minyak: Ada Yang Naik, Ada Yang Kekal. Check Sini

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi naik mulai esok.

29-04-2026
Berita Auto
Tak Perlu Pening Ingat Password Lagi, MyJPJ Kini Lebih Canggih

Tak Perlu Pening Ingat Password Lagi, MyJPJ Kini Lebih Canggih

Lupakan Kata Laluan Lama! Ini Cara Baharu Log Masuk MyJPJ Yang Anda Wajib Tahu.

29-04-2026