- Berita
- Berita Auto
- Prestige Image Motocars Memperkenalkan EHang 216, Kenderaan Udara Autonomi Penumpang
Prestige Image Motocars Memperkenalkan EHang 216, Kenderaan Udara Autonomi Penumpang
Pada pameran Hibrid Kenderaan Antarabangsa Indonesia (IIMS) 2021, Prestige Image Motocars memperkenalkan kenderaan udara autonomi berpenumpang (AAV) yang dikenali sebagai EHang 216.

Syarikat penerbangan mewah itu, dikatakan berhasrat untuk membawa masuk kereta terbang itu ke dalam pasaran sekitar Julai pada tahun ini.
Pengarah Prestige Image Motorcars, Rudy Salim menyifatkan pihaknya berharap satu peraturan dilaksanakan selewat-lewatnya Julai ini.
Bagaimanapun, kereta terbang ini dilaporkan hanya akan berada di Indonesia dan secara keseluruhannya ia kelihatan seolah-olah sebuah dron gergasi.
Ia yang menggunakan kuasa elektrik secara sepenuhnya dikatakan beroperasi tanpa juruterbang.

Malah, kenderaan elektrik autonomi ini direka untuk pelbagai tujuan. Setakat ini, ia dikatakan boleh dijadikan sebagai pengangkutan dan jentera pengangkat.
Menyentuh mengenai aspek prestasi, kenderaan ini mampu melakukan penerbangan sejauh 35 kilometer hanya dalam 21 minit, dengan membawa muatan maksimum seberat 220 kilogram.
Kereta terbang ini juga mampu terbang pada ketinggian 3,000 meter (m). Ia mempunyai ketinggian 1.77 m dan 5.61 m lebar.

EHang 216 ini juga bebas daripada pelepasan asap dan menggunakan kuasa elektrik 100 peratus.
Ia mempunyai masa pengecas lebih 220v to 380v dalam tempoh satu jam setengah sekali gus memberikan kelajuan maksimum 130 kilometer sejam.
Ia yang hadir dalam bentuk kompak menyebabkan kenderaan ini tidak memerlukan sebarang platform pendaratan memandangkan ia hanya memerlukan ruang yang bersaiz kecil.
Ciri-ciri tersebut menjadikannya ia sesuai untuk kegunaan masyarakat bandar yang mahu menjimatkan masa dan tenaga.

Menyingkap sejarah EHang di Malaysia, pada tahun 2019, dron penumpang EHang dianggap sebagai prototaip kenderaan terbang pertama yang dikenali sebagai “Super Dron”.
Pada awalnya, Super Dron sepatutnya digunakan untuk tujuan pemantauan sempadan selain dijadikan sebagai kenderaan bantuan kecemasan tetapi bukannya sebagai pengangkutan awam.
Justeru, sebuah syarikat tempatan, EastCap Sdn Bhd mendakwa pihaknya berhasrat untuk membina kemudahan pemasangan kenderaan itu di Malaysia dengan kapasiti pengeluaran 10,000 unit dalam setahun.
Bagaimanapun, dua tahun telah berlalu dan tiada sebarang perkembangan terkini berhubung pembangunan pemasangan kenderaan itu.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/