Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Berita Baik! Golongan OKU Kini Boleh Menerima Vaksin Secara Pandu Lalu!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Ketika kerajaan giat menjalankan pemberian vaksin kepada rakyat Malaysia, golongan Orang Kurang Upaya (OKU) tidak pernah dilupakan!


Menyedari hakikat kesukaran anggota keluarga membawa OKU ke pusat pemberian vaksin (PPV)  gara-gara pergerakan mereka yang terbatas menyebabkan kerajaan membuat keputusan untuk menyediakan PPV pandu lalu untuk golongan ini.


Keputusan kerajaan itu nampaknya bakal memudahkan urusan 40,000 ahli komuniti OKU di negara ini untuk mendapatkan suntikan vaksin.


Mereka kini tidak perlu beratur panjang ataupun bersesak dengan orang ramai di pintu masuk PPV.

Malah, kerajaan juga bersetuju untuk meningkatkan kapasiti pengagihan suntikan vaksin kepada 400 orang sehari.

Untuk makluman anda, PPV pandu lalu kendalian OKU Sentral ini telah pun memulakan program vaksinasinya semalam.

Kesemua 40,000 komuniti OKU itu dikatakan bakal menerima vaksin secara berperingkat dalam tempoh lima bulan akan datang.

“Buat masa ini, PPV pandu lalu akan memberikan 80 suntikan kepada OKU sehingga Jumaat ini. Sebaliknya, pengagihan suntikan itu akan ditingkatkan   kepada 160 hingga 200 dos sehari sehingga tempoh lima bulan akan datang,” kata Pengerusi OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi.


Tahniah kepada kerajaan kerana menyediakan pelbagai fasiliti semata-mata memastikan semua lapisan masyarakat menerima suntikan vaksin sebelum akhir tahun ini.

Terima kasih kerajaan!


Tag:

vaksin
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026