- Berita
- Berita Auto
- Harga Minyak Ketika Total Lockdown
Di sebalik pelaksanaan total lockdown, nampaknya harga runcit RON97 naik dua sen, iaitu daripada RM2.61 seliter kepada RM2.63 seliter.
Namun, anda bernasib baik jika merupakan pengguna setia petrol RON95 dan diesel memandangkan harga kedua-dua minyak ini masih kekal pada paras RM2.05 dan RM2.15 seliter.

Harga baharu ini akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini sehingga 9 Jun depan.
Susulan itu, kerajaan menegaskan pihaknya mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.
![]()
“Walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, kerajaan mengekalkan harga runcit RON95 dan diesel buat masa ini,” kata Kementerian Kewangan.
Sehubungan itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia selain mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
