Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Nexo Berjaya Menempuh Perjalanan Jarak Jauh Dengan Hanya Menggunakan Satu Tangki Hidrogen

Suhana Veru

Kongsi melalui

Seorang pemandu rali yang membawa  kenderaan utiliti sukan (SUV) hidrogen yang dikenali sebagai Nexo berjaya memecahkan rekod dunia apabila menempuh jarak perjalanan paling jauh dengan menggunakan kenderaan yang dijana dengan satu tangki hidrogen.

Nexo  adalah kenderaan sel bahan api hidrogen (FCEV). Sebelum ini, rekod berkenaan pernah dicipta oleh Bernard Piccard ketika membawa kenderaan itu sejauh 778 kilometer.


Rekod terbaharu itu dicipta oleh pemandu rali Australia, Brendan Reeves selepas melakukan perjalanan sejauh 887.5 kilometer.

Pemanduan itu dikatakan bermula dari Essendon Fields, Melbourne sebelum melakukan perjalanan ke Broken Hill dan Silverton, iaitu sebuah pekan yang terletak di pinggir bandar bandar Broken Hill. Ia pernah menjadi lokasi penggambaran filem Mad Max 2 sekitar 1980. 

Berbalik kepada kereta luar biasa ini,  jentera itu dikatakan masih mampu melakukan perjalanan tambahan sejauh 60 kilometer sebelum ia kehabisan bahan bakar.


“Menjadi seorang pemandu rali membuatkan saya berkorbar-korbar untuk mencipta rekod dunia namun saya tidak sangka rekod dunia itu dicipta menerusi pemanduan kereta hidrogen.

“Saya mendapati Nexo ini mudah dipandu manakala dari segi pengendaliannya juga agak mudah selain posisi pemanduan juga amat baik dan tempat duduknya sangat selesa,” kata Reeves.


Nexo hadir dengan elemen untuk pemanduan di jalan terbuka, jarak perjalanan yang jauh selain dilengkapi bersama ruang kabin yang tenang dan sel bahan api yang senyap.

Berdasarkan Hyundai, perjalanan itu mengambil 13 jam dan enam minit dengan kelajuan kira-kira 66.9 kilometer sejam. Ia memberikan amaran bahawa bahan bakar semakin berkurangan ketika perjalanan mencecah sekitar 686 kilometer.


Amaran bahan bakar itu dilaporkan menyala semula selepas kenderaan itu berjaya membuat perjalanan 796km.

Ketika perjalanan itu, kenderaan berkenaan menggunakan 6.27 kilogram (kg) hidrogen pada kadar 0.706kg/100km dimana ia menghasilkan449,100 liter udara bersih.


Bagaimanapun, ia menghasilkan sifar karbon dioksida dimana pembakaran enjin dalaman menghasilkan kira-kira 126kg CO2 pada jarak yang sama. 

“Saya sentiasa memeriksa kecekapan bahan apinya bagi meminimumkan perjalanannnya untuk mendapatkan setiap kilogram hidrogen.

“Saya menggunakan teknik pemanduan rali dengan menganggarkan perjalanannya termasuk menggunakan tips daripada bapa saya iaitu memandu trak pada jarak jauh juga sebenarnya boleh diguna pakai untuk Nexo,” ujarnya lagi.

Nexo yang merupakan kereta bertenaga hidrogen  pertama Hyundai telah dilancarkan pada tahun 2019 dengan harga permulaan AS$59,000 (RM244,378).

Sejak itu, ia berjaya menembusi pasaran California, Amerika Syarikat apabila satu laporan turut mendedahkan sebanyak 400 hingga 500 kenderaan berkenaan beroperasi di negeri tersebut.

Ia juga yang merupakan kenderaan elektrik sel bahan api pertama dianugerahkanpenarafan keselamatan lima bintang Program Penilaian Kereta Baharu Australia ANCAP.


Gallery

Tag:

Hyundai NEXO
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto
Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto
Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto
Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto
Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima  ISO 50001:2018

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto
Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto
Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026