Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Suntikan Vaksin Pandu Lalu Dikatakan Dapat Mengekang Penularan Covid-10 Di PPV

Suhana Veru

Kongsi melalui

Adakah anda bimbang untuk ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kerana terpaksa sesak dengan orang ramai dan sudah pastinya takut dijangkiti Covid-19?


Kini, anda boleh menarik nafas lega kerana PPV di beberapa negeri sudah mula melaksanakan pemberian vaksin secara pandu lalu.


Ini bermakna, anda tidak perlu turun dari kenderaan atau berjalan jauh ke PPV semata-mata untuk mendapatkan vaksin. 


Anda hanya perlu pandu ke PPV, tunjuk pengesahan pengambilan vaksin dan suntik lengan anda!


Mudah bukan? 

Langkah ini diambil bagi mengekang penularan wabak Covid-19 selain bagi memudahkan golongan yang tidak boleh berjalan atau orang kurang upaya untuk  mendapatkan vaksin. 


Buat masa ini, beberapa hospital seperti Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan telah menjadi perintis kepada kaedah pemberian vaksin secara pandu lalu.

Bagaimanapun, prosedur operasi standard (SOP) PPV pandu lalu ini sedang dibangunkan oleh Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) sebelum membenarkan lebih banyak PPV dibuka secara pandu lalu.

Selain hospital, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga dilaporkan bakal membuka enam PPV  secara pandu lalu tidak lama lagi.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan  PPV itu akan dibuka di enam kem tentera terpilih atau kawasan berhampirannya di seluruh negara.

Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur dikatakan akan menjadi projek perintis dalam usaha pemberian vaksin secara pandu lalu.

Bagaimanapun, pemberian vaksin itu hanya akan diberikan untuk anggota ATM dan keluarga mereka terlebih dahulu sebelum dibuka kepada orang ramai.

Adakah anda sudah bersedia untuk mendapatkan vaksin secara pandu lalu? Tinggalkan komen anda di bawah ruangan ini!


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026