Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Had Usia Penggunaan Pengangkutan Awam Dilanjutkan, Tapi Tetap Perlu Melalui Proses Ini...

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Kementerian Pengangkutan Malaysia (KPM) bersetuju memberikan lanjutan automatik selama setahun untuk kenderaan perkhidmatan awam yang telah mencapai had usia penggunaan yang maksimum sepertimana yang tertulis dalam syarat lesen atau permit kenderaan. Lanjutan ini turut diberikan kepada kenderaan yang telah menerimanya pada tahun lepas. 

Pengumuman ini dibuat untuk membantu pihak-pihak yang terlibat dalam industri pengangkutan awam yang terkesan dengan pandemik Covid-19 seperti pemandu teksi, bas sekolah serta bas persiaran. 


Namun, dalam masa yang sama, kenderaan masih perlu melalui proses pemeriksaan dan mendapatkan kelulusan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) demi keselamatan serta kelayakan untuk tujuan kegunaan di jalan raya. 


Mengulas lanjut mengenai perkara ini, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, "Ini termasuk semua kelas kenderaan perkhidmatan di bawah skop tanggungjawab Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan LPKP Sarawak.


“Perlanjutan had usia bas pelancongan dan persiaran turut diselaras dengan aspek pelesenan syarikat, agensi, operator pelancongan dan pelesenan bas pelancongan serta persiaran di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang terletak di bawah skop kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac).”


Keputusan bagi melanjutkan had usia penggunaan kenderaan awam ini dibuat selepas perbincangan diadakan antara MOT dengan pemain-pemain industri pengangkutan awam iaitu Persekutuan Persatuan-persatuan Bas Sekolah Malaysia, Pan Malaysia Bus Operators Association (PMBOA), Persatuan Pengusaha Bas Persiaran Semenanjung Malaysia (PPBPSM), Gabungan Teksi Semenanjung Malaysia (GTSM), Koperasi Melayu Teksi Pulau Pinang, Persatuan Teksi India Wilayah Persekutuan, Persatuan Kereta Sewa Hulu Selangor.

Pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Wee Ka Siong di Facebook beliau: 







Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026