Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Orang Lain Boleh Akses Apple Car Tanpa Kunci? Ini Caranya!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Untuk pengetahuan semua, dari tahun 2014 lagi Apple telah menguar-uarkan usaha untuk membangunkan kereta mereka sendiri.  Sepanjang proses pembangunan ini dilakukan, banyak isu yang telah  timbul, namun nampaknya walau apapun cabaran yang dilalui, Apple kekal optimistik dan merancang untuk mengeluarkan kenderaan jenama sendiri dalam tiga ke enam tahun lagi. 

 

Penganalisis Apple, Ming-Chi Kuo berkata, Apple Car dikhabarkan akan menggunakan cesi yang dibina berdasarkan platform kenderaan elektrik Hyundai, E-GMP (platform BEV0) dan berkemungkinan akan dipasarkan sebagai model "sangat mewah" atau "lebih tinggi" daripada kenderaan elektrik yang standard.



Baru-baru ini, Apple telah mempatenkan idea mereka yang dinamakan "Friend key sharing" iaitu sejenis teknologi yang memudahkan akses perkongsian Apple Car dengan orang lain.  Sama seperti rakan kongsinya, BMW, Apple bercadang untuk maju ke depan dengan kunci digital memandangkan sistem ini dapat memudahkan pengguna atau individu yang meminjam Apple Car untuk mengakses kenderaan tanpa perlu mendedahkan sebarang maklumat sulit atau data kritikal. 

 


"Sekiranya menggunakan kunci fizikal atau akses kawalan fob, pemilik kereta perlu menghantar kunci/fob kepada individu lain secara fizikal dan kemudiannya perlu mengambil balik kunci/fob selepas selesai diakses secara fizikal," jelas Apple.

 

Paten ini dikatakan dapat berfungsi dengan sistem berasaskan token yang disokong oleh peranti lain. Peranti yang dimaksudkan ini berkemungkinan besar ialah iPhone.  Token ini boleh dikongsi dengan individu lain secara selamat.  Sama seperti kod akses satu kali atau one-time access code yang digunakan dalam aplikasi Google Authenticator, Apple akan menghasilkan aplikasi baharu untuk sistem ini. 

 

Buat masa ini, maklumat lain berkaitan "Friend key sharing" masih tidak didedahkan lagi. Untuk perkembangan terkini, nantikan artikel yang akan dikongsikan CariCarz pada masa akan datang. 



Tag:

Apple Car
Apple
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Teknologi

Boleh 'Layan Movie' Dalam Kereta! Apple CarPlay Bakal Sokong Penstriman Video

Kaki 'layan' movie dalam kereta, Apple membawa berita gembira buat pengguna setia iPhone dengan pengenalan fungsi tonton video dan filem melalui Apple CarPlay.

23-02-2026
Teknologi

Apple Car Tak Akan Jadi Kenyataan, Digantikan Dengan Projek Baharu...

Project Titan Apple dihentikan secara serta-merta. Ini yang berlaku.

28-02-2024
Berita Auto

[KAJIAN] Apple Belum Keluarkan Kereta, Tapi Ramai Berniat Nak Beli, Termasuk Pengguna Tesla!

Apple merupakan jenama ketiga tertingg yang akan dipertimbangkan oleh orang ramai sekiranya ingin membeli kereta baharu.

06-09-2022
Berita Auto

Curi Data Sulit Apple Car, Sebelum Letak Jawatan Untuk Bekerja Di China, Jurutera Ditahan

Bekas jurutera syarikat Apple membuat pengakuan telah mencuri data sulit syarikat.

25-08-2022
Berita Auto

Ini Rupanya Perkembangan Terkini Apple Car

Syarikat pengeluar telefon pintar Apple masih aktif menggerakkan projek pembangunan Apple Car.

14-06-2022
Berita Auto

Apple Hasilkan Kereta Tanpa Tingkap, Penumpang Guna VR? Ini Perinciannya...

Sejak tahun 2014, syarikat Apple telah memulakan usaha untuk membangunkan kenderaan sendiri, ini perkembangan terkini mereka.

23-05-2022
Berita Auto

Bilangan Pemandu Ditambah Bagi Melancarkan Proses Ujian Apple Car

Apple berhasrat untuk melancarkan kereta elektriknya, Apple Car menjelang tahun 2025.

04-01-2022
Berita Auto

Bakal Lancarkan Kereta Elektrik, Oppo Nak Ikut Jejak Huawei & Xiaomi?

Oppo, anak syarikat BBK Electronics merancang untuk terlibat dalam dunia automotif.

07-05-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026