Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

EON Wujudkan Laman Web Terbaharu Untuk Proton: Lebih Mesra Pengguna!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) baru-baru ini telah melancarkan laman web Proton baharu supaya dapat mencapai lebih ramai pengguna. 

 

Menurut Ketua Pengedaran Automotif DRB-HICOM dan Ketua Pegawai Eksekutif EON, Mohamed Akkbar Danial, tindakan ini bukan sahaja dapat membuka peluang perniagaan yang besar untuk Proton, tetapi juga merupakan salah satu proses yang penting dalam pembelian kereta. 



"Dengan lebih daripada 80 peratus pembeli kereta Malaysia melakukan kajian dalam talian sebelum membuat pembelian, logiknya perkara penting yang mesti dilakukan adalah untuk memiliki sebuah laman web yang dapat berfungsi dengan baik pada komputer peribadi, telefon pintar dan tablet.


"Dihasilkan dengan menjadikan pengalaman pengguna sebagai faktor penting, laman web yang baru direka ini memiliki banyak ciri yang dapat membantu pengguna melakukan navigasi dan melihat model-model kereta Proton dengan mudah," ujarnya. 

Mohamed Akkbar turut memaklumkan bahawa terdapat sebanyak sembilan buah cawangan EON di seluruh negara, menjadikannya pengedar Proton yang terbesar di Malaysia. 

 


"Melalui laman web ini, informasi dan promosi yang paling tepat dan terkini berkaitan produk kami mudah untuk diakses oleh pelanggan sedia ada dan prospek untuk membuat keputusan pembelian yang tepat.



"Kami juga berusaha untuk menawarkan pembeli Malaysia yang celik IT bilik pameran atau showroom maya bagi melihat serta menempah pelbagai barisan kereta Proton yang ada walaupun ketika bilik pameran perlu ditutup atas pelbagai faktor," tambahnya.

 

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari laman web EON terbaharu di proton.eon.com.my


Tag:

Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Hyundai, EON Tandatangan Surat Hasrat Untuk Buka 2 Cawangan Baharu, Bakal Siap Tahun Depan

Hyundai Motor Malaysia dan EONtelah menandatangani Surat Hasrat untuk membuka dua cawangan pengedar baharu Hyundai di Lembah Klang dan Pulau Pinang,.

15-12-2025
Berita Auto

Walaupun Persaingan SengIt, EON Sasar 12,000 Kereta

Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) menyasarkan untuk menjual lebih 12,000 unit kenderaan sepanjang tahun ini.

12-08-2025
EV

EON Berhad Dilantik Pengedar Rasmi EV smart Di Malaysia, 5 Pengedar Lagi Bakal Diumumkan Nanti

Edaran Otomobil Nasional Berhad dilantik sebagai pengedar rasmi bagi jenama smart Malaysia.

25-05-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026