Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Terima Kasih Mitsubishi Kerana Ringankan Beban Petugas Hadapan!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) selaku pengedar rasmi kenderaan berjenama Mitsubishi di Malaysia terus menghulurkan bantuan Covid-19 ketika Malaysia masih  memerangi ancaman Covid-19.

Antara bantuan yang dihulurkan oleh syarikat itu ialah tiga buah kenderaan Mitsubishi iaitu sebuah trak pikap Triton dan dua kenderaan utiliti sukan Outlander.




Malah, MMM turut menyalurkan bantuan sumbangan bernilai RM20,000 kepada Mercy Malaysia.

Sumbangan RM20,000 akan digunakan untuk membeli sut Tyvek untuk petugas barisan hadapan yang ditempatkan di tiga pusat penilaian Covid-19  (CAC) iaitu Stadium Melawati, Stadium Jugra dan Klinik Kesihatan Gombak Setia.

Kenderaan Mitsubishi yang dipinjamkan  itu pula bertujuan untuk memudahkan petugas barisan hadapan yang perlu berulang alik ke pusat vaksinasi. Kebanyakan petugas kini terlibat dalam program vaksinasi jangkauan umum.

Selain itu, sumbangan ini juga akan membantu petugas kesihatan dalam melakukan pemeriksaan secara besar-besaran,  mengesan kontak rapat, mengasingkan yang dijangkiti, dan memberikan rawatan kepada mereka yang memerlukannya. 




 Dalam pada itu, MMM turut menghulurkan sumbangan barangan keperluan bernilai RM43,000 yang merangkumi khemah, meja, kerusi, unit pendingin hawa mudah alih, serta sistem pendawaian tugas berat untuk keperluan pusat CAC di Hulu Langat .




“Biarpun, asas perniagaan kami adalah menghasilkan kenderaan namun kami komited untuk melakukan tanggungjawab dalam memastikan negara dan pelanggan kami sentiasa selamat. Kesan peningkatan kes dan impak akibat pandemik COVID-19 menyebabkan peningkatan tekanan emosi dalam kalangan petugas baris hadapan.

“Kami akan terus berkomunikasi rapat dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan institusi awam untuk melihat bagaimana Mitsubishi dapat terus menyumbang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif , Tomoyuki Shinnishi.




Tag:

Mitsubishi Motors Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

29-04-2026
Berita Auto

Proton X50 vs Mitsubishi XForce: Dua SUV Kompak, Satu Pilihan Sukar

Nak beli SUV kompak baru? Jangan tengok X50 atau Xforce sebelum baca Ini!

08-04-2026
Kereta Baru

06-03-2026
Berita Auto

26-09-2025
Global

10-12-2024
Berita Auto

05-12-2024
Pandu Uji

04-10-2024
Global

06-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?

'Lampu Albino': Kenapa Pemilik Kereta Rasa Stylo, Tapi Pemandu Lain Rasa Nak Marah?

12-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: X-Trail e-POWER Buat Kemunculan Di KLIMS 2026

Nissan Sahkan SUV Premium Baharunya Masuk Malaysia Suku Keempat Tahun Ini.

11-06-2026
Berita Auto

Tiada Kejutan Minggu Ini! Harga Diesel & RON97 Kekal

Naik atau Turun? Ini Jawapan Kementerian Kewangan Mengenai Harga Minyak.

10-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Honda Prelude 2026 Hadir Di KLIMS 2026

Bukan Hibrid Biasa! Honda Prelude 2026 Guna Elemen Type R, Bakal Mengamuk Di KLIMS 2026/

10-06-2026
Berita Auto

Tragedi Bas Genting: Menteri Gesa Pasang Bonggol, Penenang Lalu Lintas

Kemalangan di Genting Highlands, menteri cadang pasang bonggol di laluan menurun.

10-06-2026
Berita Auto

CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?

Berita Gembira Buat Pemandu Berhemah: Kerajaan Bagi Rebat Insurans 10% Di MyJPJ

10-06-2026
Berita Auto

Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!

09-06-2026