Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sebanyak 11 Sektor Ekonomi Dibenarkan Beroperasi Tetapi Sektor Apa Yang Terlibat?

Suhana Veru

Kongsi melalui

Pelbagai pihak menyambut baik dengan keputusan kerajaan apabila membenarkan 11 sektor ekonomi di negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) beroperasi semula bermula semalam.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata, pihaknya mengalu-alukan pengumuman pembukaan semula penjualan dan pengeluaran kenderaan bermotor di negeri yang kini berada dalam Fasa 1.


MAA mengucapkan terima kasih kepada kerajaan terutama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di sebalik  pengumuman ini. 

“Adalah sangat melegakan apabila kerajaan membenarkan kami beroperasi semula,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, industri automotif tempatan mengalami kerugian besar sejak kilang pengeluaran kenderaan bermotor, pusat pengedaran dan pusat jualan  terutama di Lembah Klang dihentikan sejak 1 Jun 2021.


Penutupan itu dikatakan tidak hanya mempengaruhi syarikat automotif tetapi juga mempunyai kesan yang lebih luas terhadap keseluruhan ekosistem automotif di seluruh negara.

Berdasarkan statistik terkini, MAA, jualan bagi tempoh Jun dan Julai, masing-masing hanya mencatatkan 1,921 unit dan 7,086 unit.

Beliau turut mengakui bahawa penjualan kenderaan di pasaran domestik mengalami kerugian melebihi RM14 bilion dalam tempoh dua bulan iaitu Jun dan Julai.

Ketika ini, MAA 1,300 ahli di seluruh negara.

“Antara golongan paling teruk terjejas adalah ahli MAA yang memiliki pusat pengedaran lebih kecil yang pendapatannya hanya bergantung kepada jualan kenderaan baharu.


"Sebahagian besar daripada mereka menghadapi masalah aliran tunai yang teruk dan menghadapi kesukaran untuk mengekalkan pekerjanya terutama penasihat jualan,” tambahnya.

Katanya, kebanyakan ahli MAA kehilangan pendapatan daripada eksport kenderaan dan komponen, serta jualan alat ganti di dalam negara. 

“Secara keseluruhan, kerugian ini sangat besar dan belum pernah terjadi sebelumnya,” tegasnya.

Bagaimanapun, beliau mengakui penjualan dan pengeluaran kenderaan bermotor bagi tempoh dua setengah bulan terakhir terjejas teruk gara-gara pelaksanaan sekatan pergerakan.


Kumpulan Automotif NAZA juga dilihat senada dengan MAA dengan menyatakan seluruh  rantaian bekalan sektor automotif terjejas disebabkan oleh sekatan pergerakan penuh terutama di Selangor dan Kuala Lumpur.

“Di sebalik pengumuman terbaharu ini, Kumpulan NAZA menyambut baik dengan keputusan kerajaan  memandangkan kebanyakan syarikat automotif utama terletak di kedua-dua negeri itu.

“Gangguan perniagaan dan rantaian bekalan yang berpanjangan hanya akan membawa kesan buruk kepada industri memandangkan industri automotif tempatan amat bergantung pada pasaran domestik,” kata  Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Nik Hamdam Nik Hassan.


Seperti sedia maklum, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kebenaran operasi untuk 11 aktiviti ekonomi bagi negeri Fasa 1 PPN dalam sektor perdagangan dan pengedaran yang berkuat semalam.

Ia membabitkan kedai cuci kereta, kedai elektrik dan elektronik, kedai barangan rumah dan peralatan dapur, kedai perabot dan kedai peralatan sukan.


Malah, kedai aksesori kereta, pusat pengedaran dan jualan kereta, pasar pagi dan pasar tani,  kedai pakaian, fesyen dan aksesori, kedai barang kemas serta kedai gunting rambut, pusat atau salun kecantikan, .peralatan dapur, kedai perabot dan kedai peralatan sukan juga dibenarkan beroperasi semula.


Sementara itu, tinjauan Caricarz mendapati rata-rata pengusaha pusat cuci kereta dan kedai aksesori kereta menarik nafas lega apabila mendengar keputusan kerajaan itu pada Ahad lalu.

Pemilik Syed Car Wash & Auto Detailing,  Syed Ahmad Zulkarnain Syed Ali, 41 mengakui bahawa dia agak tertekan apabila terpaksa menutup premisnya sejak dua bulan lalu.


“Saya tidak boleh buka kedai manakala pekerja terpaksa berhenti kerana saya hilang punca pendapatan. Perkara ini membuatkan saya agak tertekan.

“Namun, saya  berasa amat gembira mendengar berita pengumuman itu,” katanya sambil memberitahu premis kedainya turut menyediakan perkhidmatan disinfeksi bahagian dalam kenderaan.

Lain pula bagi pemilik kedai aksesori kereta City Car Station, Ia Lian Wah.


Menurutnya, pengumuman itu sedikit sebanyak membantu pihaknya untuk bangun semula selepas sekian lama premisnya terpaksa ditutup gara-gara peningkatan kes Covid-19 di Selangor.

“Penutupan premis sejak berbulan sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam namun ia akan mengambil masa untuk stabil semula,” jelasnya.

Bagaimanapun, jauh di sudut hatinya timbul rasa bimbang dengan situasi pandemik.


“Memang takut untuk terima pelanggan kerana keadaan bukan seperti dulu lagi. Oleh itu, saya akan pastikan hanya pelanggan yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksin dibenarkan masuk ke kedai,” tegasnya.

Di sebalik kelonggaran pembukaan sektor ekonomi, pastikan anda menerima vaksin yang lengkap sebelum mengunjungi premis yang disenaraikan di atas. 

Jaga SOP, penjarakan fizikal, sentiasa cuci tangan dan pakai pelitup muka. 

Ingat, Covid adalah pembunuh bersiri! 


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026