Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hebat! Lamborghini Urus Kelilingi Jepun Hanya Dalam 30 Hari

Suhana Veru

Kongsi melalui

Lamborghini Automobili  yang berpangkalan di Jepun  melancarkan perjalanan kembara ke seluruh Negara Matahari Terbit itu dengan menggunakan kenderaan utiliti sukannya (SUV), Lamborghini Urus pada Mei lalu.

Projek mengelilingi Jepun yang dikenali sebagai Unlock Any Road Japan dikatakan bermula dari Fukuoka pada 26 April dan misi penggembaraan itu akhirnya tamat di Tokyo pada 23 Mei lalu.

Malah dikatakan jarak perjalanan itu meliputi lebih 6,500 kilometer selain telah menjelajahi kira-kira 17 negeri di Jepun.

Penggembaraan ini turut menawarkan pengalaman menyaksikan pemandangan indah semula jadi di setiap negeri itu dan sudah pastinya menikmati pemanduan Lamborghini Urus.

Siri jelajah negara Jepun itu  disertai media fesyen, gaya hidup dan automotif sejak sebulan lalu di mana mereka dikatakan berlepas dan tiba di cawangan pengedar sah Lamborghini.


Ini bermakna perjalanan separuh pertama kembara itu bermula di Fukuoka dan kemudian melewati beberapa negeri seperti Hiroshima, Kobe, Osaka, Nagoya, Kanazawa, Yamagata, dan Akita.

Perjalanan itu kemudian menyelusuri sepanjang Laut Jepun apabila dua buah Lamborghini Urus melewati negeri Hokkaido, Sendai, dan Yokohama sebelum tiba destinasi terakhir iaitu The Lounge Tokyo yang terletak di Roppongi.

Menatapi jentera Urus ini, bahagian reka bentuk Centro Stile Lamborghini dikatakan berjaya menghasilkan dua SUV  Urus secara eksklusif iaitu Giallo Inti Pearl Capsule dan satu lagi dalam spesifikasi Blu Astraeus.


Menjengah bahagian luarannya, ia hadir dengan  cat dua-tona  bersama  empat lapisan cat kilat digelar Urus Pearl Capsule serta warna-warna tradisi Lamborghini Giallo Inti (kuning), Arancio Borealis (oren) dan Verde Mantis (hijau).

Selain itu, ia turut bercirikan bumbung warna hitam berkilauan, peresap belakang yang agak sporty, lip spoiler dan beberapa bahagian lain yang menyempurnakan keseluruhan penampilan jentera ini.

Menyentuh mengenai dalamannya, ia  turut dihiasi  dengan kombinasi warna dua tona dengan corak balutan kerusinya seolah-olah berbentuk heksagon dengan jahitan Q-Citura selain terdapat sulaman logo pada kerusi.

Tidak terkecuali, ia juga hadir dengan komponen gentian karbon dan perincian aluminium anodized hitam.

Lebih menarik, terdapat kerusi kawalan elektrik penuh yang dipadankan dengan balutan kulit Alcantara berliang (perforated) untuk tujuan keselesaan dimana ia dihasilkan secara eksklusif untuk Pearl Capsule. 

Berbalik semula kepada misi jelajah di Fukuoka, peserta sempat mengunjungi Kuil Miyajidake yang terkenal dengan pemandangan Road of Light atau Jalan Cahaya.

Mereka juga dikatakan juga melawati beberapa monumen bersejarah seperti  Kubah Bom Atom yang terletak di Hiroshima.

Ketika berada di Kagawa, kedua-dua jentera SUV itu melakukan pemanduan menyelusuri Taman Bunga Urashima dimana terbentang ladang-ladang bunga selain disajikan dengan pemandangan laut sebelum meneruskan perjalanan ke Jambatan Great Seto yang sepanjang 12, 300 meter.

Misi kembara itu kemudian meneruskan perjalanan ke bandar Bizen yang menawarkan pemandangan luar biasa iaitu ketika tiba di Istana Himejea.

Tahukah anda, kawasan ini  merupakan Tapak Warisan Dunia Pertama Jepun. Di sana, pasukan ekspedisi berpeluang merakam momen kebudayaan Jepun selain tidak melepaskan peluang menguji prestasi dinamik Urus.

Mereka turut disajikan dengan keindahan semula jadi Air Terjun Juni yang terletak jauh ke dalam kawasan pergunungan.

Di sebalik menikmati keindahan itu, konvoi itu turut berpeluang merasai trek off-road dengan menyelusuri beberapa laluan berlumpur.

Ketika melakukan pemanduan yang agak mencabar, SUV itu turut menterjah Sungai Yoshino sebelum tiba di kaki langit Shigiikoma yang menawarkan pemandangan indah terutamanya ketika waktu malam.

Sebaik tamat melakukan pemanduan dengan melalui kawasan hutan pokok buluh Nishinooka, pasukan kembara itu berhenti seketika di Kuil Yasaka dimana ia dikatakan telah dibina kira-kira 1,300 tahun lalu.

Mereka kemudian meneruskan perjalanan ke Pacific Long Beach yang menyajikan pemandangan laut biru  termasuk Tasik Biwa dan akhirnya tiba di Perkampungan Shirakawa yang dikelilingi dengan landskap yang dipelihara dengan baik.

Konvoi itu kemudian tiba di daerah Higashi Chaya dimana terdapat deretan rumah tradisi yang dihiasi dengan kemasan tingkap kekisi berwarna merah.

Kemudian apabila konvoi itu tiba di jalan masuk Chirihama Nagisa, pemandu juga berpeluang melakukan pemanduan di kawasan pantai berpasir.

Penggembaraan itu meneruskan perjalanan ke wilayah Yamagata, dimana SUV Lamborghini menjalankan sesi penggambaran dengan berlatar belakang Pulau Hakusan yang terletak di luar Pantai Yura.

Hakikatnya, cat dua tona yang disadurkan pada Urus Pearl Capsule dilihat menambahkan lagi keindahan landskap yang memukau itu.

Bagaimanapun, mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa projek ini dijalankan di Jepun?

Misi penggembaraan ini dikatakan bertujuan untuk menyelami keindahan semula jadi dan  daya tarikan lain di Jepun selain menampilkan unsur elemen versatil Lamborghini Urus.

Bercakap mengenai SUV super sport pertama di dunia ini, ia sebenarnya  menggabungkan unsur  sebuah kereta super sport dengan fungsi sebuah SUV.

Ini bermakna Urus memberi peluang kepada pemandu untuk mencuba  pelbagai jenis keadaan jalan, tidak kira trek, pasir, permukaan jalan batu kelikir atau laluan berbatu.


Gallery

Tag:

Lamborghini Urus
Automobili Lamborghini
Urus
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

25-04-2024
Global

22-03-2024
Global

13-12-2023
Global

06-07-2023
Global

18-09-2022
Berita Auto

Jentera Mewah Ini Berjaya Tawan Laluan Setinggi 5,882 Meter

Lamborghini Urus melakukan satu kelainan luar biasa apabila melakukan pemanduan tertinggi di dunia di beberapa wilayah di India.

11-11-2021
Berita Auto

29-04-2021
Global

12-04-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Indonesia Jadi Lokasi Kedua Ujian Ketahanan & Keselamatan Chery

Chery kini membawa kempen Global Safety Challenge ke Indonesia, menjadikan negara ini sebagai destinasi kedua dalam siri ujian keselamatan ini.

19-06-2025
Berita Auto

Kos Baiki Jalan Bukan Murah: KKR Akui Perlu RM4 Bilion Untuk Baiki Jalan

Percaya atau tidak, Kementerian Kerja Raya (KKR)memerlukan hampir RM4 bilion untuk membaik pulih jalan raya di negara ini secara serentak.

19-06-2025
Berita Auto

Orang Awam Marah Polis, Rupanya Kereta Peronda Ada Masalah Teknikal

Seorang pemandu berang selepas kereta peronda polis yang tidak mempunyai lampu brek, berhenti secara tiba-tiba di tepi jalan.

19-06-2025
Berita Auto

Penunggang Motosikal Maut Selepas Terempuh Treler

Seorang lelaki menemui ajal sejurus merempuh treler yang membuat pusingan U.

19-06-2025
Berita Auto

Tubuh HMY: Hyundai Bakal Perkenal 3 Model Baharu CKD Pada Suku Ketiga 2025

Hyundai Motor Company (HMC) melakar satu lagi sejarah dengan menubuhkan rasmi Hyundai Motor Malaysia (HMY) sekali gus menandakan jenama ini mula mengendalikan operasi secara terus tanpa orang tengah.

18-06-2025
Berita Auto

MAA: TIV Naik Bulan Lepas Sebab Tempoh Hari Bekerja Yang Tinggi

Persatuan Auomotif Malaysia (MAA) mendedahkan Jumlah Volum Industri (TIV) meningkat sebanyak 12.4 peratus kepada 68,007 unit pada Mei lalu.

18-06-2025
Berita Auto

Akhirnya Harga Minyak Naik! Harga Runcit RON97, Diesel Naik 7 Sen Bermula Esok

Harga runcit RON97, diesel naik tujuh sen bermula esok.

18-06-2025
Berita Auto

Harga Runtuh: MG Tawar MG5 Semurah RM86,900

MG Motor Malaysia menawarkan harga promosi kaw-kaw untuk dua model terbaharunya, MG5 dan MG4 sempena promosi pertengahan tahun.

18-06-2025