- Berita
- Berita Auto
- Wow! BMW Malaysia Terima 64 Unit Tempahan SUV Elektrik, BMW iX, Sempena Kemerdekaan Yang Ke-64!
Wow! BMW Malaysia Terima 64 Unit Tempahan SUV Elektrik, BMW iX, Sempena Kemerdekaan Yang Ke-64!
BMW Group Malaysia telah menerima 64 pendaftaran pra tempahan untuk SUV elektrik, BMW iX bertepatan dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-64. Satu kebetulan yang agak menarik buat syarikat BMW.



"Kami gembira melihat rakyat Malaysia mengambil langkah berani untuk memilih mobiliti yang mampan sebagai sebahagian daripada gaya hidup, mengukuhkan lagi kepercayaan kami tentang masa depan elektrik. Kami telah lama komited untuk membentuk masa depan mobiliti di negara ini, dan usaha untuk memupuk perubahan ke arah elektromobiliti akan diteruskan dengan penuh keyakinan. Kami akan mempercepatkan usaha untuk menyediakan lebih banyak infrastruktur pengecasan di Malaysia dan seterusnya memperkembang rangkaian pengedar BMW i di bandar-bandar besar di seluruh negara," ujar Pengarah Pengurusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser.
Antara ciri penting yang terdapat pada model ini ialah kemampuannya untuk mencapai jarak sejauh 630 km mengikut kitaran WLTP. Selain itu ia juga merupakan model berkonsepkan Shy Tech yang pertama seumpamanya.
Ciri penting lain ialah bunyi enjin moden, BMW IconicSounds Electric yang pertama kalinya digunakan untuk model ini. Bunyi ini dihasilkan melalui kerjasama dengan komposer terkenal dunia dan juga pemenang Academy Awards, Hans Zimmer.
BMW iX xDrive40 dan BMW iX xDrive40 Sport kini sudah tersedia untuk pra tempahan di platform BMW Shop Online melalui shop.bmw.com.my dengan bayaran RM5,000. Pemilik boleh mendapatkan jaminan bateri sehingga lapan tahun atau sejauh 160,000 km, mana yang sampai terlebih dahulu.

Bukan itu sahaja, BMW turut menawarkan promosi istimewa kepada 100 pelanggan pertama yang melakukan pra tempahan BMW iX xDrive40 dan BMW iX xDrive40 Sport. Pelanggan terawal ini akan menerima khidmat pemasangan pengecas percuma dan juga akses pengecas awam selama setahun yang juga percuma. Kelebihan ini hanya ditawarkan sehingga 22 September, 2021. Tertakluk kepada terma dan syarat.
BMW iX xDrive40 ditawarkan pada harga RM419,630 dan BMW iX xDrive40 Sport pula pada harga RM472,630.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv