Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ambulans Itu Dipercayai Membawa Mangsa Kemalangan Untuk Mendapatkan Rawatan

Suhana Veru

Kongsi melalui

Niat pemandu ambulans untuk membawa tiga mangsa kemalangan bagi mendapatkan rawatan segera tidak kesampaian apabila ambulans yang dinaiki mereka juga terlibat dalam kemalangan.

Ambulans itu dipercayai terbalik beberapa kali selepas bertembung dengan sebuah treler di Jalan Ayer Hitam Batu 49, Simpang Renggam, Kluang semalam.


Lebih menghayat hati apabila kemalangan itu turut meragut nyawa seorang pembantu perubatan yang berada di dalam ambulans berkenaan, manakala pemandu ambulans, Othman Ghafan,50, dan seorang pesakit wanita dilaporkan cedera parah.

Bagaimanapun dua penumpang yang terdiri daripada lelaki dan wanita yang  berada di dalam ambulans itu pula bernasib baik kerana hanya cedera ringan.

Hasil siasatan mendapati ambulans terbabit dalam perjalanan membawa tiga mangsa kemalangan dari Machap untuk dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) bagi mendapatkan rawatan.


Begitupun, niat pemandu ambulans berkenaan tidak kesampaian apabila kenderaan itu juga terlibat dalam kemalangan.

“Sebaik  Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, terdapat kebakaran kecil pada bahagian hadapan ambulans milik Kementerian Kesihatan (KKM) namun api itu berjaya dipadamkan oleh orang awam.


“Pembantu perubatan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala, semua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital,” kata Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Abd Rahim Razali.

Sebaliknya, pemandu treler berusia 35 tahun dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Punca kebakaran akibat kemalangan masih dalam siasatan.




Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Honda Malaysia Perkukuh Dominasi Hibrid; Model e:HEV Kini Dilindungi Jaminan 10 Tahun

Bukan Untuk Model Baharu Sahaja, Pemilik Honda Jazz & City Hybrid Lama Turut Dapat Lanjutan Waranti!

04-05-2026
Berita Auto

Nyawa Pasangan Suami Isteri Melayang Angkara Pemandu Mabuk

Kenapa Pemandu Mabuk Masih 'Berani' Ragut Nyawa di Jalan Raya?

04-05-2026
Berita Auto

Hanya 100 Unit: Volvo Malaysia Lepaskan Flit Korporat & Unit Pandu Uji, Harga Bermula RM153,000

Bajet RM150k Dah Boleh Pakai Volvo? Rebut 100 Unit Eksklusif Volvo Selekt Sebelum Terlambat!

04-05-2026
Berita Auto

MINI Paul Smith Edition Kini Boleh Didapati Di Auto Bavaria Dalam Dua Warna Eksklusif

Peminat setia MINI berpeluang menyaksikan pelancaran kereta MINI Paul Smith Edition oleh Auto Bavaria di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

30-04-2026
Berita Auto

Paling Laris! Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Jade Green

Paling Laris! Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Jade Green – 8,000 Unit Sudah Terjual.

30-04-2026
Berita Auto

Update Harga Minyak: Ada Yang Naik, Ada Yang Kekal. Check Sini

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi naik mulai esok.

29-04-2026
Berita Auto

Tak Perlu Pening Ingat Password Lagi, MyJPJ Kini Lebih Canggih

Lupakan Kata Laluan Lama! Ini Cara Baharu Log Masuk MyJPJ Yang Anda Wajib Tahu.

29-04-2026