Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

UMW Toyota Motor Kembali Beroperasi!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

UMW Toyota Motor telah kembali menyambung aktiviti jualan selepas menutup cawangan mereka selama hampir tiga bulan.

 

"Ia sememangnya mencabar bagi kami, tetapi kami faham keperluan tindakan yang diambil oleh kerjaan untuk melawan pandemik COVID-19. Pihak kami memastikan bahawa tenaga kerja telah menerima vaksin supaya kami dapat kembali menyambung aktiviti di fasiliti seluruh negara," ujar Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran. K.

 

Syarikat mendedahkan, jumlah jualan bagi Toyota dan juga Lexus pada bulan Ogos ialah 2,524 unit, menunjukkan penurunan sebanyak 56 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.




Walau bagaimanapun, disebabkan oleh momentum jualan yang kukuh pada tahun 2020 dan juga pengecualian SST, jumlah jualan keseluruhan Toyota dan Lexus bagi tahun 2021 mencapai 38,085 unit berbanding 31,734 unit pada tahun lepas.

 

"Kami akan mengadakan promosi jualan pada bulan-bulan akan datang, jadi sekiranya anda sedang mencari kereta baharu untuk dibeli, nantikannya kerana anda akan mendapat tawaran yang hebat dan semestinya penjimatan  tanpa perlu membayar cukai jualan hingga hujung tahun ini," tambahnya.  "Pelanggan setia kami juga tidak akan dilupakan kerana tak lama lagi kami akan mengumumkan program untuk memberi ganjaran kepada kesetiaan mereka terhadap jenama selama lebih daripada lima dekad."

 

Tawaran bagi bulan September adalah termasuk bayaran bulanan yang rendah untuk Toyota Yaris bermula daripada RM493 sebulan dengan EZ Beli, serta rebat tunai sehingga RM10,000 bagi pembelian Toyota RAV4!

 

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh mendapatkan penjimatan sehingga RM17,391 dengan pembelian Toyota Alphard MPV melalui pengecualian cukai jualan yang dilaksanakan sehingga penghujung tahun 2021. 

 

Menurut Ravindran, semua cawangan jualan dan servis akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

 

Selain itu, sesiapa yang ingin mengunjungi mana-mana cawangan Toyota atau Lexus perlu membuat imbasan suhu badan dan mendaftar kunjungan melalui aplikasi MySejahtera, di samping perlu gunakan sanitizer dan topeng muka pada setiap masa. SOP yang sama turut dikenakan kepada kesemua kakitangan. 

 

Kilang-kilang pemasangan syarikat yang terdapat di Selangor telah kembali beroperasi dan dijangka akan membuat penghantaran kenderaan kepada pelanggan dalam jangka masa yang sepatutnya. 

 

Kami berterima kasih kepada pelanggan di atas kesabaran, sokongan dan sikap timbang rasa mereka.  Ini merupakan masa yang sangat mencabar bagi semua dan kami telah melakukan yang terbaik untuk membantu pelanggan kami dengan mengekalkan saluran komunikasi untuk digunakan sekiranya terdapat sebarang isu dengan kenderaan mereka sama ada Toyota atau Lexus.  Sekarang apabila aktiviti boleh diteruskan, kami berharap pelanggan boleh memastikan kenderaan mendapat servis penyelenggaraan," ujar Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026