Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Berita Baik Atau Buruk? Pentadbiran AS Akhirnya Meluluskan Permohonan Lesen Huawei

Suhana Veru

Kongsi melalui

Huawei, sebagai pembuat peralatan telekomunikasi terbesar di dunia yang sebelum ini dikenakan sekatan perdagangan oleh Amerika Syarikat (AS) akhirnya kini  boleh menarik nafas lega.

Ini kerana pentadbiran AS  meluluskan permohonan lesen bernilai ratusan juta dolar untuk tujuan pembelian cip bagi mengembangkan perniagaan komponen automotif.

Untuk makluman anda, pentadbiran bekas Presiden AS,  Donald Trump mengenakan sekatan ke atas penjualan cip dan beberapa komponen yang digunakan oleh Huawei dalam perniagaan telefon pintar berkata.

Beberapa laporan mengatakan, Huawei tidak mempunyai keselamatan siber.

Lebih teruk, sekatan itu kini turut diteruskan oleh Presiden AS, Joe Biden. Pentadbiran Biden juga tidak membenarkan pembekal   menjual cip kepada Huawei yang digunakan dalam atau bersama pemancar rangkaian 5G.

Menurut laporan antarabangsa Reuters, AS kini telah memberikan lesen selain membenarkan pembekal menjual cip kepada Huawei bagi komponen kenderaan seperti skrin video dan sensor.

Oleh itu, Huawei kini telah mengalihkan perniagaan mereka ke  perniagaannya kepada produk-produk yang kurang terdedah dengan larangan perdagangan di AS.

“Ini merupakan satu perkara yang tidak dapat diterima bagi pentadbiran Biden untuk meredakan kempen tekanan terhadap syarikat-syarikat perisik China seperti Huawei,” kata Senator Republik, Tom Cotton.

Bagaimanapun, turut dikatakan bahawa pentadbiran AS memberikan lesen untuk pembelian cip bagi kenderaan yang berkemungkinan memiliki komponen lain dengan peranti 5G.

“Kerajaan akan terus menerapkan dasar perlesenan yang konsisten “bagi menyekat akses Huawei ke atas komoditi, perisian atau aktiviti teknologi yang dapat membahayakan keselamatan negara dan kepentingan di luar negeri.”

“Jabatan Perdagangan As adalah dilarang daripada mendedahkan kelulusan atau penolakan lesen,” kata Jurucakap Jabatan Perdagangan AS.

Sementara itu, jurucakap Huawei pula  menegaskan bahawa pihaknya sedang ereka sedang mengatur posisi sebagai penyedia komponen baharu untuk kenderaan sambungan pintar.

“Ia sebenarnya bertujuan untuk  membantu OEM (pengeluar) kereta membina kenderaan yang lebih baik,” ujarnya.

Oleh kerana Huawei disenarai hitam oleh Jabatan Perdagangan AS pada tahun 2019 maka, kerajaan AS melarang menjual  barang dan teknologi AS kepada syarikat tanpa lesen khas seperti mana yang dilaksanakan sebelum ini.

Berikutan itu, AS juga turut mengadakan kempen dengan sekutunya supaya membekukan rangkaian 5G Huawei kerana terlibat dalam aktiviti pengintipan.

Sebaliknya, Huawei menafikan dakwaan itu.

Di sebalik sekatan itu, syarikat Huawei turut melaporkan penurunan pendapatan yang paling ketara pada suku pertama tahun ini.

Kini, biarpun pembekal sudah menerima lesen untuk membenarkan penjualan cip bernilai puluhan juta dolar namun Huawei dikatakan mahu membeli sekurang-kurangnya satu atau dua bilion cip daripada pembekalnya.

Ketua Pegawai Pemasaran di Supply Frame, Richard Barnett berkata, bahawa Huawei telah melabur 

AS$5 trilion (RM20 trilion) dalam pasaran automotif memandangkan ia mempunyai potensi pertumbuhan yang baik di dalam mahupun  luar China. 

Tag:

huawei
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Huawei Bakal Bangunkan Cip Semikonduktor Dan Dalam Proses Menghasilkan Kereta Elektrik!

Kebanyakan pengeluar kereta kini menanggung kerugian besar gara-gara mengalami kekurangan cip semikonduktor yang menjejaskan industri automotif. Malah, bekalan semikonduktor yang terhad ketika ini menyebabkan pengeluaran beberapa model terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

29-06-2021
Berita Auto

Bakal Lancarkan Kereta Elektrik, Oppo Nak Ikut Jejak Huawei & Xiaomi?

Oppo, anak syarikat BBK Electronics merancang untuk terlibat dalam dunia automotif.

07-05-2021
Berita Auto

Arcfox Bekerjasama Dengan Huawei Untuk Mengalahkan Tesla Dengan Alpha S Series Smart Car

Arcfox mengumumkan pengeluaran model kereta kedua mereka, Alpha S serta Alpha S Hi yang dibangunkan hasil kerjasama dengan syarikat gergasi Huawei

20-04-2021
Berita Auto

Huawei Berkemungkinan Besar Akan Menjual Kereta Elektrik Tahun Ini!

Huawei dikhabarkan akan melebarkan sayap perniagaan melalui penglibatan dalam dunia pengeluaran automotif.

02-03-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Melihat 'Jantung' PROTON: 35 Anak Muda GIATMARA Teruja Teroka Fasiliti AHTV

Memperkasa TVET: PROTON Buka Pintu Fasiliti Tanjung Malim Buat Pelatih GIATMARA.

22-04-2026
Berita Auto

Ativa & WR-V Dalam Bahaya? Proton Saga Cross (AMA02) Bakal Tiba

Ada desas-desus mengatakan bahawa Proton Saga Cross bakal tiba.

22-04-2026
Berita Auto

GWM Makin 'Ganas, Kini Bolos Kelompok 15 Jenama Teratas Di Malaysia

WEY G9 & Haval H6 Jadi Punca? GWM Kini Berjaya Pintas Persaingan, Masuk Top 15!

22-04-2026
Berita Auto

Pemanduan Ke Segamat Bakal Jadi Lebih Laju! EXCO Sahkan Laluan Pintas Siap 2027

Projek jalan pintas yang menghubungkan Muar, Tangkak dan Segamat ddijangka siap pada Februari 2027.

22-04-2026
Berita Auto

Perodua, UTM Jalin Kerjasama, Latih Jurutera Masa Depan

Langkah Proaktif Perodua: Latih Jurutera Masa Hadapan' bersama UTM demi ekosistem xEV.

22-04-2026
Berita Auto

Setiap Saat RM2,300 'Terbakar' Demi Subsidi

Setiap saat kita bakar RM2,300 untuk subsidi bahan api, beban kerajaan semakin berat.

22-04-2026
Berita Auto

Chery Malaysia, Touch 'n Go Jalin Kerjasama: Tag RFID Percuma Untuk Model Terpilih

Tiada Lagi Isu Pasang RFID Sendiri, Chery siap pasang RFID pada model terpilihnya.

22-04-2026