Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Isu Rasuah Semasa Ujian Memandu, MOT Kaji Penggunaan Sensor Dan Kamera

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang menjalankan kajian untuk menguji kebolehlaksanaan penggunaan teknologi terkini dalam ujian memandu di negara ini bagi membanteras isu rasuah yang mengganggu integriti ujian.

 

Manurut  Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, tindakan mengaplikasikan teknologi seperti sensor dan kamera ini bukan sahaja dapat menambah baik proses pembelajaran tetapi juga boleh meningkatkan tahap integriti ujian yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).




"Contoh, kalau seseorang itu mengambil ujian dengan JPJ, kita akan masukkan mereka dalam kenderaan yang bukan sahaja ada video kamera untuk rakaman, malah sensor juga akan diletakkan dalam kenderaan yang sedang jalankan pengujian ini.

 

"Apabila di litar, semua tiang parkir akan dipasang dengan kamera dan sensor untuk melihat macam mana soal integriti yang dipersoalkan dulu yang kata bila mengambil ujian kita boleh beri rasuah," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.



 

Tambahnya lagi, dengan penggunaan aplikasi moden ini, rakaman yang dibuat melalui kamera misalnya, boleh dipaparkan kembali bagi menyelesaikan isu rasuah dalam proses ujian.

 

“Keperluan automasi dalam merekodkan elemen pengujian yang boleh dilihat kembali apabila terdapat dakwaan juga boleh diselesaikan dengan bantuan teknologi itu.”

 

“Ia memerlukan analisis data besar, penggunaan sensor yang canggih termasuk penggunaan 'Internet of things (IoT)'.” ujar beliau lagi.


Dalam perkembangan lain, Dr Wee Ka Siong turut berkongsi bahawa Kementerian Pengangkutan sedang berusaha membantu kira-kira 462,000 calon yang terkesan daripada penutupan operasi institut memandu ekoran pandemik Covid-19 sehingga terpaksa menangguhkan proses mendapatkan lesen dan juga ujian memandu.

 



Dalam hal ini, kerajaan memberikan lanjutan pembaharuan untuk Lesen Belajar Memandu (LDL) yang tamat tempoh lebih daripada dua tahun bermula 13 Januari lalu sehingga 30 Jun 2022. Ini memberikan masa kepada  institusi memandu untuk mengatur semula ujian dengan JPJ dan mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

 

 

 

 

Tag:

lesen
lesen memandu kereta
Institut memandu
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Lesen Rosak Kerana Banjir? JPJ Terengganu Tawar Ganti Secara PERCUMA

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengumumkan bahawa pihaknya menyediakan perkhidmatan penggantian dan pembaharuan dokumen secara percuma.

24-12-2022
Berita Auto

"Naikkan Had Umur Lesen Motor Kepada 21 Tahun." – Pakar

Kerajaan digesa untuk menaikkan had umur minimum mendapatkan lesen motosikal kepada 21 tahun.

28-07-2022
Berita Auto

Ujian Memandu Lama Tertangguh? Calon Sudah Boleh Bersiap Sedia!

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tampil dengan jalan penyelesaian supaya semua ujian yang telah tertangguh dapat diselesaikan.

27-09-2021
Berita Auto

Perhatian, Jangan Terpedaya Iklan Lesen Memandu Percuma, Tanpa Ujian, - JPJ

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan iklan lesen memandu percuma dan tanpa ujian yang menggunakan nama dan gambar rasmi JPJ.

04-11-2025
Berita Auto

Dah Tak Perlu Pergi Kaunter JPJ

Orang ramai boleh memperbaharui cukai jalan kenderaan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM), menerusi aplikasi MyJPJ.

02-01-2024
Berita Auto

Calon Ujian Memandu Terlalu Ramai! MOT Akan Umum Solusi

Kementerian Pengangkutan (MOT) merancang untuk merangka satu formula bagi menyelesaikan masalah lambakan calon ujian memandu di seluruh negara.

19-08-2022
Berita Auto

“Dapat Lesen Kereta Tanpa Ujian, 3 Hari Je!” – Awas! Jangan Mudah Terpedaya

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menerima laporan mengenai perkara tersebut.

11-08-2022
Berita Auto

Calon Ujian Memandu Cecah 2,000 Sebulan, Tunggu Minimum 6 Bulan Untuk Jalani Ujian

Ramai yang terpaksa menunggu giliran ujian sekurang-kurangnya enam bulan.

23-06-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.

14-07-2026
Berita Auto

Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti

Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.

13-07-2026
Berita Auto

Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan

Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.

12-07-2026