Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perhatian! Berita Baik Untuk Orang Klang

Suhana Veru

Kongsi melalui

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bersama rakan pengedar MN Wheels Sdn Bhd membuka sebuah pusat Mitsubishi Motors 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) di Bandar Bukit Raja, Klang di Selangor baru-baru ini.

Bangunan seluas 5,000 kaki persegi itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk pelanggan Mitsubishi seperti ruang istirahat dengan perkhidmatan sambungan WiFi dan bilik pameran luas yang boleh menempatkan dua model kenderaan Mitsubishi.

Bukan itu sahaja, pusat servis itu juga dilengkapi dengan bengkel bersama tiga ruang servis.

Tahukah anda bahawa bilik pameran Mitsibushi Motors ini adalah bangunan kedua MN Wheels Sdn Bhd?

Untuk makluman anda, bilik pameran pertamanya terletak di Kuala Selangor. 




Berdasarkan slogan globalnya, Drive Our Ambition, kedua-dua bangunan itu dikatakan menonjolkan identiti jenama korporat baharu Mitsubishi Motors.

“Tahniah kepada MN Wheels di atas pembukaan satu lagi bilik pameran Mitsubishi Motors di Selangor. Biarpun kami berhadapan dengan persekitaran perniagaan yang mencabar namun MN Wheels berjaya menyiapkan bangunan ruang pameran yang mengagumkan ini dengan identiti visual kami.

“Ini menunjukkan komitmen MN Wheels untuk memperkukuhkan lagi kehadiran jenama Mitsubishi di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa pihaknya berhasrat untuk membuka sebuah bilik pameran setiap suku tahun kewangan 2021 dalam usahanya untuk memenuhi permintaan pelanggan dari segi jualan dan selepas jualan


Tag:

Mitsubishi Motors Malaysia
MN Wheels Sdn Bhd
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k

Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k

Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.

28-08-2026
Berita Auto
Tak Menang Tangan! Mitsubishi Hantar 900 Unit Xforce Kepada Pelanggan April Ini

Tak Menang Tangan! Mitsubishi Hantar 900 Unit Xforce Kepada Pelanggan April Ini

Laku Keras! Mitsubishi Xforce Buktikan Siapa 'Raja' SUV Kompak Terbaharu.

29-04-2026
Berita Auto
Proton X50 vs Mitsubishi XForce: Dua SUV Kompak, Satu Pilihan Sukar

Proton X50 vs Mitsubishi XForce: Dua SUV Kompak, Satu Pilihan Sukar

Nak beli SUV kompak baru? Jangan tengok X50 atau Xforce sebelum baca Ini!

08-04-2026
Berita Auto
Ini Dia Mitsubishi Pajero Gen Kelima, Masih Samar

Ini Dia Mitsubishi Pajero Gen Kelima, Masih Samar

Imej teaser Mitsubishi Pajero disiarkan, baru-baru ini.

07-01-2026
Kereta Baru
Kelibat Mitsubishi XForce Dikesan Di Shah Alam, Maknanya Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi!

Kelibat Mitsubishi XForce Dikesan Di Shah Alam, Maknanya Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi!

Mitsubishi XForce akhirnya telah selamat mendarat di Malaysia apabila beberapa imej menunjukkan SUV kompak segmen B itu diturunkan dari sebuah lori pengangkut di Shah Alam, Selangor.

05-01-2026
Berita Auto
Mitsubishi Anjur Cabaran Red Peak Tetapi Di Kuching

Mitsubishi Anjur Cabaran Red Peak Tetapi Di Kuching

MMM bakal menganjurkan Red Peak Challenge di Farley Mall, Kuching pada hujung minggu ini.

21-08-2025
Berita Auto
Mitsubishi bersama  Millennium Autohaus Sdn Bhd Buka Pusat 3S Di Kajang

Mitsubishi bersama Millennium Autohaus Sdn Bhd Buka Pusat 3S Di Kajang

MMM bersama Millennium Autohaus telah membuka pusat 3S terbaharu mereka di Kajang, Selangor, baru-baru ini.

28-04-2025
Berita Auto
Mitsubishi bersama MN Wheels Buka Lagi Pusat 3S Di Selangor

Mitsubishi bersama MN Wheels Buka Lagi Pusat 3S Di Selangor

Pusat 3S itu terletak di No 4, Jalan Gangsa, Kawasan Perindustrian Teluk Panglima Garang, 42500 Teluk Panglima Garang, Selangor.

22-04-2025

Berita Terkini

Berita Auto
ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026