Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Masih Keliru Dengan SOP Fasa 2? Baca Ini!

Suhana Veru

Kongsi melalui


Mungkin  ramai yang tertanya-tanya mengenai bilangan kapasiti penumpang di dalam satu kereta terutamanya yang masih berada di bawah Fasa 2 dalam Pelan Pemulihan Nasional (PPN).

Ini kerana orang ramai  dilihat masih keliru dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang tempoh PPN ini.

Sebenarnya, jika anda sudah lengkap dua dos suntikan vaksin maka, jumlah penumpang dibenarkan mengikut kapasiti tempat duduk kenderaan. 


Sebaliknya, untuk mereka yang masih belum lengkap vaksinasi, mereka perlu terus mengikuti pematuhan SOP sebelum ini iaitu hanya dua orang dalam satu kereta dari rumah yang sama untuk membeli barangan keperluan.

Bagaimanapun, kelonggaran juga diberikan kepada yang masih belum lengkap vaksinasi dimana maksimum tiga orang dalam satu kereta bagi tujuan perubatan atau kecemasan, termasuk individu yang memerlukan rawatan.

Di sebalik SOP kereta persendirian, mungkin ada juga yang bertanya mengenai bilangan penumpang teksi dan e-hailling? 


Manakan tidak, kebanyakan sektor ekonomi kini telah dibenarkan beroperasi semula dan ramai dalam kalangan kita sudah ke tempat kerja!

Jangan risau, ini kerana bilangan dalam teksi dan e-hailing juga dihadkan kepada dua orang sahaja termasuk pemandu tetapi ingat, penumpang mesti duduk di bahagian belakang.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai  SOP di fasa dua, anda boleh melayari laman sesawang di https://www.kpdnhep.gov.my/doc/SOP%20FASA%202%20PPN%20030921.pdf.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026