Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Subaru XV Kini Hanya Tinggal Dua Varian

Suhana Veru

Kongsi melalui

Susulan lebih banyak sektor ekonomi telah pun dibuka sejak 16 Ogos lalu, Motor Image, pengimport, pemasang dan pengedar jenama Subaru turut mengumumkan pengoperasian semula  bilik pameran di seluruh  cawangan  mereka.

Oleh itu, pasukan media Caricarz! juga berpeluang mengunjungi bilik pameran Subaru yang terletak di Petaling Jaya baru-baru ini.

Menerusi kunjungan kami di bilik pameran itu, kami berpeluang melihat  Subaru XV  Leather Suede Deluxe (LSD) iaitu 2.0i-P.


Melalui pengenalan varian LSD ini, syarikat telah menyingkirkan varian XV 2.0 i. Ini bermakna, hanya tinggal dua varian iaitu Subaru XV 2.0 i-P dan XV 2.0 Edisi GT.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai perbezaan kedua-dua model ini. Manakan tidak, jika sekilas pandang, tiada apa yang bezanya!


Untuk makluman anda, kedua-dua  XV ini dibina di atas platform Subaru Global Platform (SGP) yang turut digunakan pada model Forester, Impreza, Legacy dan Outback.

Menyentuh mengenai harganya,   XV 2.0 i-P  dijual pada harga RM131,788 manakala, XV 2.0 Edisi GT yang hadir dengan tambahan body kit pula dijual sekitar RM 138,788.

Lain pula bagi XV 2.0i-P. Ia ditawarkan pada harga yang lebih rendah  sekitar RM7,000 berbanding XV  2.0 Edisi GT.

Perbezaan harganya tidak begitu ketara namun model yang telah dinaik taraf itu menerima kemasan kulit Suede Deluxe pada tempat duduknya yang menggabungkan warna gloss black, matte black dan perak.


Ia juga diserlahkan lagi dengan  jahitan benang berwarna oren.

Upholsteri baharu itu dikatakan hanya ada pada varian XV 2.0i-P serta eksklusif untuk pasaran Malaysia dan Thailand.

Crossover lima tempat duduk itu juga dipasang dengan rim aloi bersaiz 17 inci selain dilengkapi dengan sistem audio bersaiz  8-inci.


Sudah pasti anda tertanya-tanya mengapakan Edisi GT dijual lebih mahal berbanding 2.0i-P?

Nah, ini jawapannya!

Apa yang menarik mengenai Edisi GT ini adalah ia didatangkan dengan beberapa ciri yang agak unik.

Subaru XV Edisi GT ini hadir dengan pakej luaran yang meliputi empat elemen integrasi iaitu penambahan lapisan bawahan bampar hadapan dan belakang, 'skirts' sisi dan 'spoiler' bumbung untuk tampil dengan gaya yang lebih ranggi dan sporty.


Kit badan yang digunakan pula mempunyai jalur warna perak padanya bagi memudahkan untuk membezakan edisi GT ini.

Selain itu,  ia juga dipadankan dengan rim aloi 17 inci  dengan corak berbentuk kelopak bunga dan terdapat  kemasan logo GT di tengah-tengah tayar Continental UltraContact bersaiz 225/60 R17. 

Menjengah bahagian dalamannya, saya cukup tertarik dengan kemasan warna hitam dalam ruangan kabinnya.

Apa tidaknya, ambien kontra  pada sulaman benang oren sekitar stereng, kerusi, konsol tengah, tombol gear, papan pemuka dan panel pintu menyerlahkan lagi ruang dalamannya.

Saya juga sempat menyentuh bahagian kerusinya, saya yakin balutan kulitnya yang lembut pada kerusi pasti dapat memberikan keselesaan kepada pemandu dan penumpangnya. 

Malah, ia juga hadir dengan sistem audionya yang bersaiz lapan inci dan mampu menyokong sambungan aplikasi Apple CarPlay dan Android Auto.

Selepas membelek-belek kedua-dua varian ini, mata saya melirik ke arah beberapa helai baju yang digantung pada rak di bilik pameran itu.


Ketika ditanya mengenai perkara itu kepada pegawai perhubungan awamnya, ia rupa-rupanya salah satu produk cenderahati Subaru.

Selain baju, bilik pameran itu turut menjual cermin mata, beg, koleksi kereta perhiasan pada harga yang berpatutan.

Apa yang cukup menarik perhatian saya ialah bilik realiti maya dan teknologi augmented reality (AR).


Di sini pelanggan boleh melihat model Subaru secara 360-darjah, termasuk ‘boleh memasuki’ kenderaan berkenaan dengan menggunakan VR headset. 

Ini bermakna pelanggan boleh menikmati pengalaman untuk memandu model berkenaan secara maya, sekiranya ia tidak dipamerkan di bilik pameran tersebut.

Selain itu, bilik pameran itu juga menempatkan beberapa model Subaru dan terdapat tempat khas yang dikenali sebagai  Subaru Loves Children & Babies Forest. Ia disediakan khas untuk pelanggan yang memiliki anak kecil.


Malah, terdapat ruang istirehat untuk para pelanggan sementara menunggu kereta diselenggara. 

Pendek kata, bilik pameran Subaru yang telah dinaik taraf sekitar dua tahun lalu ini menawarkan keselesaan dan pengalaman yang cukup untuk pelanggannnya.

Sehubungan itu, bagi yang berhasrat untuk mengunjungi bilik pameran Subaru, pastikan anda lengkap dua dos suntikan vaksin.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Subaru.



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026