Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

20 Pelumba Bakal Berentap Untuk Ke Pusingan Terakhir Kejuaraan Toyota GR Velocity Esports 2021!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

20 Pelumba Simulasi Terpantas Malaysia kini sudah bersedia untuk melangkah masuk ke pusingan kemuncak Kejuaraan Toyota GR Velocity Esports hujung minggu ini. Pelumba berpeluang untuk memenangi hadiah berjumlah RM70,000 dan juga berpeluang untuk mewakili negara dalam kelayakan GR GT Cup Asia.



Untuk pengetahuan pembaca, Kejuaraan Toyota GR Velocity Esports buat julung kalinya diadakan pada tahun 2018. Bilangan peserta dan juga penonton dikhabarkan menunjukkan peningkatan yang besar pada tahun lalu. Jumlah penonton yang menyaksikan perlumbaan yang ditayangkan secara dalam talian ini dikatakan mencecah 1 juta orang!

 

Bagi tahun ini, pusingan kelayakan telah diadakan pada 21 hingga 29 Ogos sebelum berlangsungnya peringkat suku akhir pada 4 ke 5 September baru-baru ini.  Kesemua 20 pelumba terbaik yang telah berjaya melepasi pusingan kelayakan akan bersaing dalam pusingan separa akhir pada 18 September nanti. Dalam perlumbaan ini, 10 pelumba terbaik akan dipilih untuk mara ke pusingan terakhir pada hari berikutnya.



"Momentum dan juga minat terhadap Kejuaraan  GR Velocity Esports menunjukkan peningkatan yang tinggi dalam masa hanya empat tahun.  Ini merupakan dorongan yang besar untuk esports dan sukan permotoran, dan kami berbangga kerana dapat mengekalkan acara kejuaraan ini walaupun berhadapan dengan kekangan pandemik," kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

 

Terdapat kelainan untuk pusingan terakhir pada tahun ini - acara akan diadakan sepenuhnya dalam talian iaitu dari rumah semua pelumba yang bersaing.   Perlumbaan diadakan menerusi permainan video Gran Turismo Sport yang terdapat dalam Sony Playstation. Penonton boleh menyaksikan perlumbaan ini melalui Facebook dan YouTube Toyota Gazoo Racing Malaysia dan juga saluran eGG Astro.



Perlumbaan lain iaitu Vios Challenge Promotional, Sporting, Super Sporting dan Rookie akan turut diadakan secara simulasi.

 

Antara selebriti yang terlibat dalam perlumbaan lain ini ialah pemandu-pemandu Promotional Class,  Zizan Razak, Nabil Ahmad, Shukri Yahya serta pelumba jemputan, Sharnaaz Ahmad. Sementara itu, Clement Yeo, Tengku Djan Ley dan Hayden Haikal akan bersaing dalam Sporting dan Super Sporting Class manakala Naquib Azlan, Putera Adam dan Amer Harris akan bersaing dalam Rookie Class.

 

Hadiah-hadiah yang ditawarkan dalam Kejuaraan  Toyota GR Velocity Esports adalah dalam bentuk wang tunai berjumlah RM20,000, RM10,000, RM7,000, RM5,5000 dan RM4,500 untuk pemenang yang menduduki tempat pertama sehingga kelima. Hadiah turut akan diberikan kepada pelumba pada kedudukan ke-6 hingga ke-10.  Hadiah wang tunai sebanyak RM500 akan diberikan kepada pelumba tangga ke-11 hingga ke-20.  Tambahan sebanyak RM450 dan RM200 akan diberikan kepada juara dan juga pemenang tempat kedua dalam kedua-dua perlumbaan berasingan.

 

Tiga pemenang terbaik akan dipilih untuk mewakili Malaysia dalam pusingan kelayakan GR GT Cup Asia yang dianjurkan oleh Toyota Motor Asia Pacific (TMAP). Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan acara ini, anda boleh melayari laman web Toyota Gazoo Racing Malaysia.

Tag:

toyota gazoo racing
Toyota GR Velocity Esports Championship
Toyota Gazoo Racing Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

04-02-2022
Berita Auto

30-09-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026