Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tayar Terbaharu Michelin: Khas Untuk Pikap dan SUV, Ini Kelebihannya...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

MICHELIN baru-baru ini telah memperkenalkan tayar MICHELIN LTX Trail untuk pasaran Malaysia.  Tayar terbaharu ini dihasilkan khas untuk kegunaan pikap tinggi (high-rise pickup) dan SUV. Tayar ini memiliki jangka hayat dan ketahanan dari segi keselamatan yang lebih lama, di samping memiliki prestasi pembrekan basah yang mantap.







"Di MICHELIN, kami sentiasa berinovasi supaya orang ramai boleh bergerak dengan lebih bebas, selamat dan menikmati kehidupan yang lebih baik semasa bergerak. Michelin LTX Trail yang terbaharu ini ialah satu padanan yang sangat sesuai dengan SUV yang semakin laris (dalam kalangan pengguna), yang mana dijangka akan meningkat sebanyak 5.6% tahun ke tahun, daripada 2021 hingga 2026," ujar Pengarah Pengurusan MICHELIN Malaysia Singapura dan Brunei, Oliver Biggart. 

 

"Sempurna bagi pengguna yang memiliki pikap tinggi 4x2 dan 4x4 serta SUV - seperti Toyota Hilux, Toyota Fortuner, dan Nissan Navara, tayar ini turut dapat memenuhi keperluan pengguna yang perlu menuju ke destinasi on-road dan off-road, untuk tujuan kerja atau keseronokan.  Memandangkan MICHELIN LTX Trail dihasilkan untuk pelbagai kegunaan, ia disarankan supaya digunakan di atas jalan raya sebanyak 80% dan off-road pula 20%.







"Kami yakin bahawa MICHELIN LTX Trail terbaharu ini dapat memberikan pemandu di Malaysia pemanduan yang selamat dan selesa semasa di atas jalan, untuk apa sahaja permukaan – daripada kawasan bandar, laluan yang basah, lebuh raya, hinggalah kepada off-road yang ringan dan sederhana," tambahnya. 

 

Antara kebaikan MICHELIN LTX Trail ini termasuklah jarak perjalanan atau mileage yang 41 peratus lebih panjang. Jarak ini dapat dicapai dengan adanya RallyForce2 Tread Compound dan juga rekaan bunga tayar baharu dengan Biting Shoulder. 

 

Di samping itu, ia turut memiliki ketahanan keselamatan yang lebih lama dengan adanya Variable Thickness Sipes yang dapat membantu memberikan kereta pengendalian, cengkaman dan prestasi brek yang lebih baik. Bagi kegunaan di atas permukaan jalan yang basah, sekiranya dibandingkan dengan pesaing premiumnya yang lain, MICHELIN LTX Trail berhenti pada jarak 3.1 meter lebih pendek dalam keadaan baharu, 4.6 meter lebih pendek apabila telah mula haus. Namun ia dapat berhenti dalam jarak 3.8 meter lebih pendek di atas jalan kering dalam keadaan baharu. 

 







Selain itu, ia turut memiliki tekanan bunyi tahap 4 yang lebih rendah iaitu sebanyak 19.8 peratus disebabkan oleh corak bunga dalam dua bentuk blok berbeza, Duo-Harmony Blocks. Ini dapat memberikan pengalaman pemanduan yang lebih senyap dan tenang kepada penumpang. 

 

Ditawarkan dalam sembilan saiz dan dimensi rim berbeza iaitu daripada 15 ke 18 inci, pembelian MICHELIN LTX Trail boleh dibuat di mana-mana pengedar sah tayar MICHELIN di seluruh negara. 

 

Untuk informasi lebih lanjut, layari michelin.com.my


Gallery

Tag:

MICHELIN
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Piala Asia Michelin, Johan Pertandingan Berpeluang Ke Abu Dhabi

Piala Asia Michelin Dikuasakan oleh Gran Turismo akan diadakan tidak lama lagi.

29-06-2022
EV

Hyundai Dan Michelin Tires Bekerjasama Hasilkan Tayar EV Canggih

Hyundai Motor Group telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat Michelin Tires untuk membangunkan tayar.

23-06-2022
Berita Auto

Tayar Michelin Hadir Dengan Teknologi Keselamatan

Michelin melancarkan tayar terbaharunya, MICHELIN Primacy SUV+.

25-05-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026