Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Penunggang Basikal Boleh Dikenakan Denda Jika Berbasikal Di Lebuh Raya

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sejak pengumuman rentas negeri yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri  Yaakob pada Isnin lalu namun lain pula jadinya, apabila kumpulan basikal dirakam melakukan aksi berbahaya sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Susulan itu, rata-rata warganet merungut dengan tindakan segelintir individu yang berbasikal dengan cara bahaya di lebuh raya.


Namun, tahukah anda aktiviti berbasikal sebenarnya tidak boleh dilakukan di kawasan lebuh raya tanpa kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM)  atau Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Jika anda didapati melakukan aktiviti berbasikal di lebuh raya tanpa kebenaran pihak berkuasa maka, anda boleh dikenakan denda sekurang-kurangnya RM5,000.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim.

“Ya, bagi mana-mana penunggang basikal yang gagal mematuhi papan tanda larangan berbasikal dan melakukan aktiviti berbasikal di lebuh raya tanpa kebenaran PDRM dan LLM maka, mereka  berhadapan dengan hukuman denda RM1,000 hingga RM5,000 atau penjara sehingga 12 bulan.

“Aktiviti berbasikal hanya dilarang di lebuh raya namun masih dibenarkan di kawasan lain. Polis sebenarnya tidak menghalang aktiviti berbasikal namun harus mematuhi aspek keselamatan ditetapkan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai isu kumpulan berbasikal yang kembali panas di media sosial.

Tindakan akan diambil mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Malah, jika penunggang basikal didapati tidak memasang lampu hadapan dan belakang, mereka juga boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan.

Mereka juga boleh dikenakan hukuman yang sama (RM2,000 atau penjara enam bulan)  jika basikal yang ditunggang itu tidak mempunyai brek, loceng, menunggang secara berkumpulan iaitu tidak berada dalam satu deretan.


Pihak polis terpaksa mengambil tindakan tegas itu memandangkan sebanyak 150 kes kemalangan membabitkan penunggang basikal direkodkan sejak Januari hingga September lalu.


Daripada jumlah itu, sebanyak 71 kes kematian, manakala 24 cedera parah dan 55 lagi cedera ringan.

Ingat, bagi mana-mana penunggang basikal yang mahu berbasikal di lebuh raya, pastikan anda mempunyai surat kebenaran daripada polis atau LLM.

Apapun, jangan langgar undang-undang jalan raya  sebelum duit melayang!


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026