Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Peminat Kereta Berpeluang Menyaksikan Pelbagai Jentera Luar Biasa Bentley

Suhana Veru

Kongsi melalui

Bentley di California sekali lagi menjadi destinasi untuk 2,500 peminat kereta Bentley apabila jenama itu bakal menampilkan enam model pada Minggu Kereta Monterey 2021.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bentley, Christophe Georges berkata, selepas mengharungi cabaran pandemik, pihaknya memilih meraikan pelanggannya dengan mempamerkan barisan model baharu.

“Pameran Minggu Kereta Monterey sentiasa menjadi tumpuan dan apa yang istimewa pada tahun ini ialah Bentley akan terus memberikan hasil yang memberangsangkan dalam syarikat sejarah,” katanya. 

Selama empat hari, pameran itu mempamerkan barisan Bentley yang berbeza pada setiap hari selain ia turut menayangkan perincian buatan tangan strategi Beyond100.

Antara yang dipamerkan ialah Bentley Classic, Coachbuilt dan Collections termasuk barisan model hibrid, Flying Spur Hibrid dan Bentayga Hibrid.

Turut dipamerkan ialah Continental GT3 Pikes Peak dan Unifying Spur yang menonjolkan pelbagai strategi.

Malah, Flying Spur Mulliner yang baru dilancarkan juga akan menjadi mercu barisan Flying Spur yang menerapkan perincian unik Mulliner. 

Ia menggunakan roda Mulliner 22 inci, gril Double Diamond dan cermin sisi berwarna yang sekali gus menonjolkan Flying Spur tampak lebih elegan.

Bagi menyempurnakan bahagian dalamannya, dipadankan denganciri  trim yang lengkap bersama ketukangan tangan Bentley.

Pameran itu turut disertai oleh Continental GT Coupe dan Convertible bagi melengkapkan portfolio Koleksi Mulliner. Portfolio Coachbuilt pula diwakili oleh prototaip pembangunan 'Car Zero' dari projek Bacalar.


khas dicipta sempena pameran itu dimana Bacalar Car Zero dihiasai dengan cat hijau baharu, Scarab. Dengan contoh pertama 12 kereta pelanggan eksklusif, ia kini dihasilkan  di bengkel Mulliner.

Bacalar juga digunakan untuk pemanduan demonstrasi dimana ia membabitkan beberapa pelanggannya.

Selain membuat penampilan di 'The Quail, A Motorsports Gathering', Bacalar juga dipamerkan di Concept Lawn di pameran amal automotif, Pebble Beach Concours d'Elegance.

Bagi tarikan terakhir daripada Mulliner ialah portfolio Classic  yang hadir dalam bentuk prototaip kejuruteraan Blower Continuation.

Blower Car Zero berjaya melakukan perjalanan 563 kilometer yang meliputi seluruh semanjung itu.

Selain Mulliner, barisan kenderaan hibrid seperti Flying Spur Hibrid dan Bentayga Hibrid turut dipamerkan pada acara berkenaan. Kedua-dua jentera hibrid dikatakan terlibat dalam perjalanan elektrifikasi Bentley dan bakal menjadi BEV pertama menjelang tahun 2025.

Secara keseluruhan, kesemua barisan jentera yang dipamerkan ini akan kembali semula pada pameran Minggu Kereta Monterey pada 15 Ogos tahun hadapan.

Gallery

Tag:

Bentley
Bentley Motors
Bentley Mulliner
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tak Perbaharui Cukai Jalan Sebab Terlepas Pandang, Pemandu Bentley

Guna Bentley tetapi tidak perbaharui lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans sejak 2018.

09-02-2026
Berita Auto

Bentley Continental Supersports Didedahkan – Model Paling Ringan Bentley, Capai 657 HP

Hanya lebih setahun selepas Continental GT generasi baharu diperkenalkan, Bentley Motors kini menghidupkan semula model ikonik grand tourer dua pintunya, Bentley Continental Supersports Edisi Terhad terbaru.

17-11-2025
Global

Bentley Flying Spur Speed 2025: Saloon Terpantas Bentley

Flying Spur baharu ini adalah model saloon terpantas dan paling bertenaga yang pernah dibuat oleh jenama mewah itu.

12-09-2024
Global

Flying Spur 2025, Guna Enjin V8

Bentley mengesahkan bahawa pihaknya akan mengeluarkan versi semakan limosin empat pintu Flying Spur tidak lama lagi.

22-07-2024
Kereta Baru

Bentley Continental GT Speed Kini Di Malaysia, Harga Dari RM1.1 Juta

Continental GT Speed generasi ketiga kini telah tiba secara rasminya di Malaysia.

04-04-2023
Berita Auto

Prestasi Jualan Kereta Global 2022: BMW Menandingi Mercedes-Benz, Jualan VW & Audi Turun?

Artikel ini mendedahkan pencapaian jualan antara jenama automotif terbesar sepanjang tahun lalu.

12-01-2023
Berita Auto

YouTuber Ini Terjumpa Koleksi Kereta Klasik Bernilai Lebih RM5 Juta! Ada Proton Perdana?

Koleksi mencecah £1 juta (RM 5.16 juta)! Itulah nilai kesemua kereta yang ditemukan dua orang YouTuber.

06-09-2022
Kereta Baru

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026