Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Konvoi Kereta Eksotik Diadakan Pada September Lalu

Suhana Veru

Kongsi melalui

Sejumlah besar kereta mewah membanjiri Croatia manakala Bugatti dikatakan mengetuai konvoi kereta yang paling eksklusif yang diadakan  setakat ini.

Pameran yang dikenali sebagai Supercar Owner Circle (SOC), mengumpulkan pemilik kereta eksotik yang datang dari pelusuk negeri dalam setahun sekali bagi menayangkan jentera mereka yang berkuasa tinggi.

Sepanjang pameran yang diadakan pada 3 hingga 5 September lalu, sejumlah lima buah Buggatti turut terlibat dalam program itu.

Kali ini, Buggatti mengetuai armada berkenaan ketika melintasi wilayah utara Croatia.

Perjalanan itu dimulakan dengan menelusuri pemandangan indah ibu kota Zagreb dimana Bugatti Chiron Pur Sport dipandu oleh pemandu rasmi Bugatti, Andy Wallace.

Konvoi itu kemudian meredah kawasan pergunungan di Croatia dimana ia merupakan perjalanan epik yang penuh mencabar  seperti dimahukan mereka.

Sebab itu, Chiron Pur Sport direka menjadi antara Chiron yang paling laju dan dinamik.

Ia kemudian melewati jalan raya yang agak mencabar dan beralun sebelum menuruni ke pesisir Pantai Adriatik.

Mungkin ramai yang mahu mengetahui mengenai enjin Chiron Pur Sport ini, ia sebenarnya menggunakan enjin W16 8.0 liter . 

Ini bermakna ia mampu menghasilkan kuasa 1,500 PS manakala torknya pula, 1,600Nm.

Penghantaran transmisi dilihat lebih pendek iaitu 15 peratus membuatkannya ia cuma mengambil masa 2.3 saat untuk memecut dari 0-100 kilometer sejam.

Selain itu, Bugatti Divo juga dilihat mengetuai konvoi kumpulan berkenaan. 

Kehadirannya menyaksikan kembali  hasil karya pembuat kerangka kereta yang hebat  dengan imaginasi abad ke-12.

Reka bentuknya yang menarik membuatkan, Divo menetapkan standard baru untuk hasil katya kerangka kereta pada era moden.

Antara Bugatti yang terlibat ialah Bugatti Chiron Sport, Chiron dan Veyron 16.4 Grand Sport Vitesse.

Secara kesimpulannya, SOC sememangnya terkenal dengan himpunan koleksi yang turut meraikan kehadiran pembuat kereta dan pemilik Bugatti sering kali dilihat tidak pernah melepaskan peluang menyertai SOC di seluruh dunia.


Gallery

Tag:

Bugatti
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Program Penyesuaian Khas - Bugatti Sur Mesure

Program Penyesuaian Khas - Bugatti Sur Mesure

Bugatti jmenawarkan pakej penyesuaian yang tersendiri kepada para pelanggan mereka.

03-02-2022
Berita Auto
Bugatti Buka Bilik Pameran Terbesar Di Dunia

Bugatti Buka Bilik Pameran Terbesar Di Dunia

Bilik pameran Bugatti yang terbesar di dunia kini dibuka di Riyadh.

21-01-2022
Berita Auto
Sekumpulan Bugatti Berkumpul Di Hadapan Burj Khalifa Sempena Acara Pemanduan Tahunan

Sekumpulan Bugatti Berkumpul Di Hadapan Burj Khalifa Sempena Acara Pemanduan Tahunan

Kira-kira 11 buah kereta Bugatti menyertai konvoi yang berakhir di Abu Dhabi, Emiriyiah Arab Bersatu.

07-01-2022
Berita Auto
Bugatti, Rimac dan Porsche Umumkan Usaha Sama

Bugatti, Rimac dan Porsche Umumkan Usaha Sama

Usaha sama antara Bugatti, Rimac dan Porsche telah dirasmikan di bawah nama syarikat 'Bugatti Rimac.'

03-01-2022
Berita Auto
Pasukan Media Berpeluang Merasai Sendiri Pemanduan Jentera Ini

Pasukan Media Berpeluang Merasai Sendiri Pemanduan Jentera Ini

Sekumpulan media berpeluang melakukan pandu uji Chiron Super Sport di Liitar Paul Ricard.

03-11-2021
Berita Auto
Pengeluaran Chiron Super Sport Telah Bermula

Pengeluaran Chiron Super Sport Telah Bermula

Jentera ini telah memasuki fasa pengeluarannya.

01-11-2021
Berita Auto
Dua Kereta Sport Hiper Terbaharu Bugatti Dipertontonkan– Chiron Super Sport Dan Bolide

Dua Kereta Sport Hiper Terbaharu Bugatti Dipertontonkan– Chiron Super Sport Dan Bolide

Bugatti telah memperkenalkan dua model kereta sport hiper terbaharu.

08-09-2021
Berita Auto
Tidak Mampu Beli Bugatti? Jom Tengok Jam Tangan Pintar Bugatti!

Tidak Mampu Beli Bugatti? Jom Tengok Jam Tangan Pintar Bugatti!

Bugatti buat julung kalinya melancarkan jam tangan pintar.

30-06-2021

Berita Terkini

Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto
LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026