Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

PHEV Paling Hot Mitsubishi

Suhana Veru

Kongsi melalui


Mitsubishi Motors Corporation (MMC) mendedahkan rekaan terbaharu model Outlander versi plug-in hybrid (PHEV) sebelum pelancaran rasminya.

Model itu dilihat berkongsi beberapa ciri sama seperti model petrol lain dan ia dilengkapi dengan elemen perisai dinamik yang merupakan ciri signatur syarikat itu.

Ia dikatakan rekaan terbaik Mitusbishi Outlander memandangkan ia diilhamkan daripada reka bentuk Bold Stride.

Secara keseluruhannya rekaan luarannya ditingkatkan dengan kehadiran paparan 360 darjah yang menunjukkan kuasa dan prestasi yang menakjubkan.


Outlander ini didatangkan dengan tiga varian: Diamond, Red Diamond dan Black Diamond.

Seterusnya, terdapat beberapa perincian tersendiri termasuk pintu pengecasan di sebelah kiri kenderaan dan dua butang untuk Plug-in Hybrid  PHEV dan kenderaan elektrik (EV) yang terletak di pintu hadapan dan pintu belakang.

Menjengah bahagian dalamannya pula, ia dilihat dilengkapi dengan kluster instrumen digital 12.3 inci yang membantu pemandunya melihat kedudukan kenderaan dengan jelas selain sistem infotainmen 9 inci.

Apa yang membezakan model PHEV dan EV ialah butang mod terletak di tengah-tengah konsol.


Sebaik melabuhkan punggung di dalam jentera terbaharu ini, ia memberikan suasana kemewahan, dilengkapi dengan pelbagai fungsi, kabin yang agak luas dan apa yang paling penting ialah dilengkapi dengan ciri keselamatan.

Melihat reka bentuk dalaman dan luarannya, ia nyata membuktikan kualiti premium bagi varian PHEV.

Kabin yang luas menyebabkan tempat duduk barisan ketiga  memberikan kelebihan tambahan jadi, ia sememangnya sesuai untuk keluarga yang besar.

Pendek kata, PHEV ini dicadangkan untuk mereka yang berhasrat untuk memiliki SUV besar selain bagi mereka yang mementingkan alam sekitar memandangkan ia dilengkapi dengan pilihan mod EV.

Begitupun, MMC dijadualkan memulakan jualan model ini pada pertengahan bulan Disember ini di Jepun.


Gallery

Tag:

Mitsubishi Outlander PHEV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026