Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Volkswagen ID. LIFE Dipertontonkan Di Jerman – EV Serba Canggih Yang Dibangunkan Secara Mampan

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Volkswagen baru-baru ini telah melancarkan sebuah kereta konsep crossover kompak, ID. LIFE. Kereta konsep ID. LIFE telah dipertontonkan kepada orang ramai semasa International Motor Show IAA MOBILITY 2021, Munich, Jerman.  Harganya dianggarkan sekitar 20,000 euro. 


"ID. LIFE ialah visi kami untuk mobiliti generasi terkini, sebuah kereta urban elektrik sepenuhnya. Kereta konsep ini merupakan previu kepada model ID. dalam segmen kereta kecil yang akan dilancarkan pada tahun 2025, dalam harga sekitar 20,000 euro. Dengan ini, kami memudahkan lebih ramai orang untuk mengakses mobiliti elektrik," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Ralf Brandstätter. 


"Dalam penghasilan ID. LIFE, kami memberikan fokus yang konsisten terhadap keperluan pelanggan muda. Kami percaya bahawa lebih-lebih lagi pada masa akan datang, kereta akan lebih berkait dengan gaya hidup dan juga ekspresi peribadi.  Pelanggan pada masa akan datang tidak hanya ingin bergerak daripada poin A ke B; mereka lebih tertarik untuk menikmati apa yang boleh ditawarkan oleh sesebuah kereta.



Menurut Volkswagen, kereta konsep ini diinspirasikan daripada varian  modular electric drive matrix (MEB) Volkswagen yang lebih kecil.  Walau bagaimanapun, ID. LIFE merupakan kenderaan pertama berlandaskan MEB yang hadir dalam versi pacuan roda hadapan.


Kereta ini dikuasakan oleh motor elektrik 172 kW (234 PS) dan boleh memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 6.9 saat.  Bukan itu sahaja, bateri bervoltan tinggi 57 kWj membolehkan kereta bergerak sejauh 400 km (WLTP).


"ID. LIFE ialah visi kami untuk mobiliti generasi terkini, sebuah kereta urban elektrik sepenuhnya.  Platform ini sesuai untuk pelbagai jenis kenderaan, daripada kereta kecil hinggalah van. "Ini merupakan seni bina elektrikal yang paling mudah skala (scalable) dalam industri.  Kami baru sahaja mula meneroka potensi yang terdapat pada MEB. Prestasi, kapasiti pengecasan dan jarak perjalanan akan terus menunjukkan peningkatan dalam setiap model baharu dan juga kemaskini perisian," ujar ahli lembaga pengurusan untuk pembangunan Volkswagen, Thomas Ulbrich.


Kereta ini dihasilkan dengan menggunakan bahan semula jadi dan kitar semula, misalnya, cat untuk bahagian luar kereta dihasilkan daripada serpihan kayu.



Model ini juga tampil dengan teknologi canggih. Untuk pengetahuan anda, ID. LIFE boleh digunakan sebagai tempat bersantai mononton filem atau ruang untuk bermain permainan video kerana dilengkapi dengan konsol permainan video, projektor dan juga skrin penayangan. Wow! Di samping itu, penumpang boleh menggunakan port kuasa 230V atau 16 amp untuk disambungkan dengan apa-apa peranti yang dibawa.  Ciri menarik lain yang dapat memaksimakan keselesaan pengguna ialah kerusi depan dan belakang yang boleh dilipat sepenuhnya. 


Sebagai sebuah kereta moden yang dipenuhi ciri inovatif, cermin di luar dan di dalam kereta kini digantikan dengan paparan kamera.  Selain itu, terdapat panel sentuhan yang berbentuk heksagon dan juga stereng dengan reka bentuk unik (separuh atau open-top) yang turut tampil dengan kemudahan kawalan pelbagai fungsi penting pemanduan. 


Volkswagen menyasarkan peningkatan sebanyak 70 peratus dalam jumlah jualan model elektrik sepenuhnya di Eropah dan 50 peratus di Amerika Utara dan China.

Gallery

Tag:

volkswagen 2021
Volkswagen ID
volkswagen ID LIFE
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Volkswagen Bagi Rebat Angpau RM1K dan Banyak Lagi Sempena Tahun Baru Cina!

Volkswagen Bagi Rebat Angpau RM1K dan Banyak Lagi Sempena Tahun Baru Cina!

Pelanggan Volkswagen berpeluang untuk memenangi rebat angpau bernilai RM1,000 dan banyak lagi!

07-01-2022
Berita Auto
Industri Automotif  Bantu Mangsa Banjir

Industri Automotif Bantu Mangsa Banjir

Industri automotif tidak melepaskan peluang dengan menawarkan pelbagai diskaun untuk meringankan beban para pelanggannya yang terjejas akibat banjir.

22-12-2021
EV
Sedan Elektrik Sporty, Volkswagen ID.7 GTX Didedahkan – Jarak EV 595 KM, Capai  335 HP!

Sedan Elektrik Sporty, Volkswagen ID.7 GTX Didedahkan – Jarak EV 595 KM, Capai 335 HP!

Volkswagen memperluaskan barisan model ID.7 dengan pengenalan versi prestasi, Volkswagen ID.7 GTX untuk sedan fastback elektrik ID.7.

06-06-2024
EV
Versi Elektrik: VW ID.GTI Concept

Versi Elektrik: VW ID.GTI Concept

Model konsep VW ini akan memasuki pengeluaran dalam tiga tahun lagi.

06-09-2023
Teknologi
VW Reka Kerusi Pejabat Canggih, Boleh Gerak Selaju 20km/j

VW Reka Kerusi Pejabat Canggih, Boleh Gerak Selaju 20km/j

Volkswagen cipta kerusi pejabat elektrik yang cukup unik dan pelik.

15-11-2022
EV
Laporan: Model R Volkswagen Elektrik Sepenuhnya Menjelang 2030

Laporan: Model R Volkswagen Elektrik Sepenuhnya Menjelang 2030

Volkswagen mendedahkan bahawa syarikat akan mengeluarkan kereta elektrik sepenuhnya mulai tahun 2035.

27-10-2022

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026