Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

4 Model Tesla Ini Tersenarai Antara 10 EV Terlaris Di Amerika Syarikat

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Kereta keluaran Tesla telah berjaya berada di kedudukan 10 teratas sebagai model kereta elektrik paling terkenal di Amerika Syarikat dalam jangka masa tiga tahun ini dengan jumlah jualan mencecah 430,000 unit, berdasarkan analisis terkini dikongsikan oleh BuyAutoInsurance.com.

 

Kogod School of Business' 2021 Made in America Auto Index telah menyenaraikan Tesla Model 3 di tempat ketiga, Model S dan Model Y berkongsi tempat kelima dan Model X di tangga kelapan.




Tesla Model 3 dicatatkan sebagai EV terlaris dengan jumlah jualan hampir 300,000 unit.  Model 3 terkenal dalam kalangan pembeli kerana harganya yang rendah iaitu USD$ 35,000 (RM 146142.50). Jualan model ini berjaya mengalahkan Nissan Leaf sebagai kereta elektrik plug-in terlaris sepanjang masa di peringkat dunia.




Faktor lokasi kilang dikatakan sebagai punca utama mengapa Tesla berjaya mendominasi senarai ini. Untuk pengetahuan anda, Tesla menghasilkan kesemua model yang dijual di Amerika Syarikat di kilang yang berlokasi di Fremont, California. Dalam pemasangannya, sebahagian besar daripada komponen yang digunakan adalah daripada pembekal tempatan.

 




Secara spesifiknya, 65 peratus daripada komponen yang digunakan untuk menghasilkan Tesla Model 3 (Long Range, Standard Range dan Performance) dibekalkan dari Amerika Syarikat dan Kanada.  Model 3 dikalahkan oleh Ford Mustang GT 5.0L (77 peratus, di tempat pertama dalam senarai) dan Chevrolet Corvette Stingray (72 peratus, di tangga ke-2). Tesla Model S dan Model Y mendapat skor sebanyak 60 peratus, sementara itu, Model X pula menggunakan 55 peratus komponen yang dibekalkan dari Amerika Syarikat dan Kanada.




Tesla juga berada di tangga pertama dengan purata skor 81 peratus dalam indeks TDC yang mana Model 3 berada di kedudukan teratas sebagai model dengan TDC tertinggi (82.5). Ini diikuti oleh Model S dan Model Y (masing-masing mendapat skor 80) dan Model X (77.5). 




Kedua-dua model ini berjaya mengalahkan jualan pesaing lain iaitu Chevrolet Bolt EV, Nissan Leaf, Ford Mustang Mach-E, BMW i3s, Kia Niro EV dan Lexus UX yang berada di tangga ke-98.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026